Tempe merupakan suatu hidangan yang sentiasa disenangi oleh ramai orang disebabkan rasanya yang sedap.
Selain boleh dinikmati bersama nasi, hidangan yang dapat dijadikan sebagai snek kerana ia memiliki manfaat dalam mengurangi risiko terkena penyakit seperti kanser dan osteoporosis.
Sumber protein yang terkandung dalam tempe juga sesuai untuk mereka yang tengah berusaha menurunkan berat badan, serta sering dijadikan sebagai pilihan menu bagi para vegetarian.
Terdapat dua jenis tempe yang tersedia di pasaran, samaada yang dibungkus secara tradisional menggunakan daun pisang atau yang sudah dikemas modern dalam plastik.
Apakah perbezaan di antara kedua-dua jenis tempe tersebut?
Tempe yang dibalut dengan daun pisang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
Sebenarnya, tempe yang dibungkus dalam daun pisang membawa kelebihan, terutama dalam segi rasa dan aroma.
Kandungan sebatian polifenol dalam daun pisang memberikan tempe yang dihasilkan dengan rasa tersendiri dan lebih sedap.
Oleh itu, pemilihan tempe yang dibungkus dengan daun pisang dapat menambahkan kualiti dan kesedapan terhadap sesuatu hidangan.
Bagaimanapun, apabila membeli tempe yang dibalut dengan daun pisang, penting untuk memastikan bahawa ia masih dalam keadaan bersih dan masih elok untuk dimakan.
Sementara itu, tempe yang dijual dalam bungkusan plastik juga merupakan pilihan yang lazim.
Pemilihan antara tempe dalam daun pisang atau bungkusan plastik bergantung pada keutamaan peribadi serta kebersihan dan kualiti produk yang diinginkan.
Pembezaan terdapat pada tempe yang dibalut dalam plastik, dengan perbezaan rasa dan aroma yang kurang menyengat.
Dari segi kebersihan, tempe yang dibungkus plastik cenderung dianggap lebih bersih dan memiliki daya tahan yang baik.
Secara keseluruhan, baik tempe yang dibalut daun pisang mahupun plastik mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sebagai pengguna yang bijak, disarankan untuk berhati-hati dalam memilih bahan makanan yang dijual, termasuk tempe, terutama dalam aspek kebersihan.
Walaupun aroma yang dihasilkan dari balutan daun pisang memberikan nilai tambah kepada tempe, tetapi penting untuk memeriksa isinya sebelum membuat pembelian.
Demikian juga bagi tempe yang dibalut dalam plastik, rasa tetap enak jika dimasak dengan cara yang betul.
Baca: