Realtime website trackingweb stats

Betul ke anak buas sebab tak buat Aqiqah? Ini jawapan Ustaz

Oleh NURAIMAN

“Degil dan buasnya anak kau ni! Kau tak buat aqiqah anak ke masa dia kecil?”

Mak ayah pasti terkejut apabila mendengar kenyataan seperti ini mengenai anak sendiri, bukan?

Ini kerana mereka mungkin tidak pernah melaksanakan ibadah aqiqah semasa anak-anak masih kecil dan kini tertanya-tanya sama ada hal ini berkaitan.

Persoalan ini diajukan kepada seorang ustaz di laman TikTok @fitrahummah, apabila ada yang menyatakan anak-anak

mereka menjadi degil kerana tidak menjalankan ibadah aqiqah.

Betul ke anak buas sebab tak buat Aqiqah? Ini jawapan Ustaz

Malah, kenyataan ini juga datang daripada orang tua mereka sendiri, membuatkan mereka berasa bersalah!

Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa aqiqah, dari segi bahasa, bermaksud “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada waktu kelahirannya.

@fitrahummah Berdosa ke ibubapa yang tak buat Aqiqah untuk anak? #aqiqah #aqiqahanak #aqiqahbaby #aqiqahkambing #aqiqahmekah #fitrahummah ♬ original sound – Fitrah Ummah | Aqiqah Qurban


” Pendapat ini datang daripada ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari. Dari segi istilah hukum syarak, aqiqah adalah

“penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan memberi nama kepada anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat bahawa melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama.” (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) – Ibnu Al-Qayyim.

Ini menegaskan bahawa aqiqah memelihara bayi daripada gangguan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang lain bermaksud:

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi).

Imam Malik menyatakan bahawa hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula mengaitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS. Dengan ini, difahami bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berfungsi melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

ADA FADHILAT YANG BAIK

Menurut Fitrah Ummah, terdapat beberapa fadhilat baik apabila mak ayah melaksanakan aqiqah untuk anak-anak, iaitu:

-Anak-anak akan membesar dengan baik dan sama seperti anak-anak lain.

-Anak-anak yang diaqiqahkan akan terhindar daripada gangguan syaitan dalam usaha melakukan kebaikan.

-Anak-anak yang diaqiqahkan dapat memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka di akhirat kelak.

Dengan tiga kenyataan fadhilat ini, jelas menunjukkan bahawa melaksanakan aqiqah untuk anak sedikit sebanyak dapat membantu mendoakan kesejahteraan mereka. Sekali seumur hidup sudah memadai!

BACA: Patutlah air boleh bertakung dalam pintu kereta, ini 5 lubang yang ramai pemilik kereta tak perasan