Realtime website trackingweb stats

Bersiap sedia! Cuaca panas dan kering dilangka landa Malaysia

Oleh ADINDA

Di Malaysia, dijangka cuaca akan menjadi lebih panas dan kering kerana tidak ada hujan untuk jangka masa yang panjang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam fasa akhir Musim Timur Laut, yang dijangka akan berlangsung sehingga hujung Mac 2024.

“Litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutama di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Bersiap sedia! Cuaca panas dan kering dilangka landa Malaysia

“Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu pada Selasa.

MetMalaysia telah mengumumkan bahawa dalam tempoh ini, suhu tertinggi harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada petang awal.

Menurut kenyataan mereka, suhu tertinggi yang direkodkan oleh stesen meteorologi utama MetMalaysia adalah 36.9 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 8 Februari yang lalu.

MetMalaysia juga menambah bahawa disebabkan oleh fenomena El Nino yang sedang berlaku di seluruh dunia, dijangka suhu maksimum harian di negara kita akan meningkat di kebanyakan tempat.

““Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air. Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas.”

“Ikuti saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengekalkan keadaan sihat semasa cuaca panas,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu bahawa mereka akan sentiasa memerhati cuaca di seluruh negara.

Maklumat mengenai cuaca semasa boleh diperoleh melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman web dan media sosial rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Baca:

Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit

Ramai puji sikap pemurah rakyat Malaysia, sanggup bagi bantuan secara percuma kes langgar lari

Terkejut belek akaun TikTok suami, wanita ini tak sangka anak sendiri tergamak layan bapa tiri