Pernah tak mommy membasuh pakaian guna mesin basuh automatik, tetapi pakaian tetap berbau hapak walaupun sudah guna sabun dan pelembut? Bau tetap tidak menyenangkan?
Lebih memeningkan apabila ada habuk dan kerak hitam melekat pada pakaian.
Sebenarnya, itu adalah isyarat dari mesin basuh yang ia perlu dibersihkan.
Ya, mesin basuh pun perlu dibersihkan walaupun tugasnya setiap hari adalah membasuh pakaian.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING pada mesin basuh bukan sekadar hiasan. Fungsinya adalah untuk membersihkan tub mesin yang bekerja setiap kali kita membasuh.
Cara untuk membersihkan mesin basuh sangat mudah:
1.Tekan butang ON.
2. Pilih dan tekan program SOAK/TUB CLEANING, kemudian tekan START.
3. Apabila mesin mula mengisi air sehingga tub hampir penuh, masukkan CUKA dan SODA BIKARBONAT.
**Sukatannya agak-agak saja, kira-kira suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat. Jika tidak mahu letak soda bikarbonat pun tidak mengapa kerana cuka bersifat asid yang mampu menghilangkan bau kepam. Tetapi jika letak kedua-duanya, kesannya lebih baik dan mesin basuh akan berbau seperti baru dibeli.
Selepas itu, tutup mesin basuh dan biarkan ia bekerja. Biasanya, akan ada bunyi seperti mesin selesai membasuh kain. Namun, semasa sesi SOAK/TUB CLEANING, jangan letak pakaian pula.
Itu namanya membasuh pakaian, bukan membasuh mesin basuh😅. Cubalah dan amalkan SOAK/TUB CLEANING setiap dua bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Jika lama dibiarkan, tidak mustahil mesin basuh akan rosak kerana terlalu banyak habuk dan kotoran terkumpul. Sayang rasanya jika mesin basuh yang digunakan selama 8 tahun tiba-tiba rosak.
Ingatkan rosak, tetapi bila nak servis, kosnya agak tinggi. Akhirnya beli yang baru dan bagi mesin basuh rosak itu secara percuma. T
ak sampai seminggu, kedai yang sama paparkan mesin basuh kita yang dah dibaiki, beza RM200 saja dengan harga mesin yang baru dibeli. Aduh, rasa rugi pula.
BACA: Ibu bangga anak tak skor A dalam SPM-“yang penting anak I dapat laki!”