Realtime website trackingweb stats

“Bergambar dengan Gal Gadot bukan bermakna sokong Israel” – Meerqeen

Oleh NURAIMAN

Perkongsian foto pelakon Meerqeen bersama aktres antarabangsa, Gal Gadot, semasa menghadiri acara di New York pada bulan April lalu telah mengundang pelbagai kritikan dari netizen.

Walau bagaimanapun, Meerqeen telah menjelaskan bahawa tujuan beliau bergambar bersama pelakon Wonder Woman tersebut adalah kerana kagum dengan bakat lakonannya dan bukannya sebagai sokongan terhadap asal-usul negara aktres itu.

“Saya rasa okay saja… sebab saya ambil gambar dengan dia bukan sebab dia Israel ke apa.

Saya nak bergambar dengan dia sebab dia seorang pelakon dan saya pun sama.

“Jadi, bagi saya tiada salah la. Bukan saya sokong dia… bukan saya sokong apa yang dia buat.

Saya suka dia disebabkan dia pelakon sama dengan saya.

"Bergambar dengan Gal Gadot bukan bermakna sokong Israel" - Meerqeen

“Jadi, why not kalau ada peluang macam itu.

Kalau orang yang condemn saya pun, kalau jumpa Gal Gadot pun tangkap gambar juga.

Jadi, apa bezanya? Tak ada beza pun kan,” katanya kepada Gempak.

Meerqeen memberikan penjelasan tersebut semasa ditemui dalam majlis Aidilfitri Civicas Network & Meerqeen yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terlebih dahulu, perkongsian foto Meerqeen bersama Gal Gadot telah mendapat kritikan daripada netizen yang berpendapat bahawa Meerqeen seharusnya tidak bergambar bersama aktres Israel tersebut.

Selain Meerqeen, Zahirah MacWilson, seorang pelakon yang turut menghadiri acara yang sama dan bergambar dengan Gal Gadot, turut menerima kritikan daripada netizen.

Baca:

“Minta maaf saya tewas”- Mawar Rashid umum kembali tak bertudung

Bantu jayakan ‘Taufan Al Aqsa’, pemuda ini seru semua ‘datang’ dalam bentuk intelektual

Main golf tapi ‘kacau’ kedi sebaya anak, ini ‘habuan’ yang dua pegawai kanan tentera dapat