Realtime website trackingweb stats

Berani macam bapanya, anak bongsu PMX pakai mafla ‘Free Palestine’ ketika Konvo di New York

Oleh ARIF ABDULLAH

Tahniah kepada Nurul Hana Anwar, anak perempuan Perdana Menteri, kerana berjaya menamatkan pengajian di New York University (NYU) baru-baru ini.

Dalam suasana pergolakan di Palestin, Nurul Hana menggunakan peluang itu untuk menunjukkan solidaritinya

kepada negara Islam tersebut dengan membawa kain bertulis ‘Free Palestin’ semasa di pentas konvokesyen.

Beliau juga menggayakan selendang kefiyyeh, yang menjadi simbol budaya Palestin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kegembiraannya menerusi laman sosial X.

Berani macam bapanya, anak bongsu PMX pakai mafla 'Free Palestine' ketika Konvo di New York

“Sekalung tahniah buat anak bongsu saya, Nurul Hana yang bergraduasi dari NYU. Hana juga menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin,” katanya.

Warga maya turut mengucapkan tahniah kepada Nurul Hana atas pencapaiannya menamatkan pengajian di institusi ternama tersebut.

Mereka juga memberikan penghargaan kepada keberanian beliau dalam menyatakan solidariti semasa berada di pentas konvokesyen.

“Bangga dengannya, anda membesarkan seorang warganegara yang bertanggungjawab dalam dirinya Tuan PM Anwar.”

“Alhamdulillah. Tahniah!”

“Luar biasa!.”

“Tahniah DSAI. Sebagai seorang ayah memang akan rasa bangga dengan pencapaian anak tak kira apa pun. Sebab itulah usaha mereka. Yang penting mereka mahu belajar.”

“Malaysia bersama Palestin.”

“Congratulations to you and @drwanazizah. Proud parent for sure.”

BACA: Ini rahsia penjual nasi lemak ramai tak tahu, ikan bilis goreng rangup tahan lama