Realtime website trackingweb stats

Berang dianggap tutup periuk nasi orang, doktor ini senaraikan bisnes sihat dan tak jual produk ‘overclaim’

Oleh ABDULLAH HAMID

Kritikan seorang doktor mengenai produk kononnya berasaskan kesihatan tetapi ‘overclaim’ boleh pula dianggap cubaan untuk tutup periuk nasi orang.

Berang dituduh sebegitu, Dr. Imelda Balchin menyenaraikan sejumlah perniagaaan sama ada yang menawarkan produk mahupun perkhidmatan yang sihat tanpa ‘overclaim’.

Tegas pelari jarah jauh ini juga, tegurannya tentang produk ‘overclaim’ yang tidak berasaskan kajian saintifik tetapi kononnya mampu merawat bermacam-macam jenis penyakit demi kesihatan jangka panjang masyarakat di negara ini.

Malah, Dr. Imelda berpendapat beliau sebenarnya telah menambah lebih nasi di dalam periuk nasi kepada lebih ramai orang apabila berkongsikan ilmu pengetahuan kesihatan dan perubatan yang terbukti berkesan dapat mencegah penyakit tanpa perlu menghabiskan duit beli produk ‘overclaim’.

Ikuti tulisan Dr. Imelda Balchin yang sudah pun meraih kira-kira 5,000 tanda ‘suka’ selepas dimuat naik di Facebook miliknya:

“Saya tak ada pun niat nak tutup periuk nasi orang tetapi saya nak penjual beri nasihat yang betul kepada pengguna dan jangan buat overclaim.

“Sebaliknya, apabila saya sampaikan ilmu pengetahuan kesihatan dan ilmu perubatan yang sangat mahal harganya dengan percuma, ramai orang awam boleh berusaha dan berikhtiar mencegah penyakit dengan cara yang terbukti berkesan. Ini menambahkan lebih nasi di dalam periuk nasi lebih ramai orang. ‘Kan?

“Apa-apa pun saya juga telah membantu menambahkan bisnes perniagaan penjual-penjual yang ikhlas seperti penjual buah-buahan tempatan segar, penjual sayur-sayuran segar, penjual air kosong bersih, penjual-penjual kasut sukan, penjual-penjual laksa seluruh Malaysia dan penjual-penjual ikan bilis.

“Turut sama penjual-penjual keropok lekor, penjual-penjual taufufah, penjual-penjual cendol seluruh Malaysia, penjual-penjual ayaq nyoq (air kelapa segar), penjual makanan sihat Vietnamese rolls, penjual-penjual blender yang mempromosikan healthy homecooking dan rajin mengajar anda memasak.

“Tidak lupa juga penjual jellycake sebagai alternatif yang lebih sihat kepada kes hari jadi yang tinggi gula dan lemak, cikgu-cikgu piano, cikgu-cikgu yoga, business fitness centers dan gym-gym Malaysia serta penjual barang-barang sukan termasuklah skipping rope.

“Malah, bisnes termasuk farmasi-farmasi Malaysia, doktor gigi Malaysia, fisioterapi Malaysia, Making Orang Asli Mothers Independent (MOAMI) dan saya nasihatkan pergi ke klinik doktor-doktor yang tidak menjual produk.

“Hah, tu dia! Berapa banyak bisnes saya dah bantu, ‘kan! Follow me. Ada banyak lagi bisnes mereka yang ikhlas tidak jual produk overclaim.

“Saya bantu pun dengan ikhlas, tak buat komisen satu sen pun.”

Berang dianggap tutup periuk nasi orang, doktor ini senaraikan bisnes sihat dan tak jual produk 'overclaim'

Baca:

72 manuskrip Melayu purba ada di Belanda, rupanya ini sebab ada VIP Selangor sanggup bakar ‘library’ miliknya

“Rupanya macam makhluk asing” – Bayi tiga kepala dilahirkan di India

Goku tiba-tiba jadi kecil dalam siri baharu Dragon Ball DAIMA, bakal ditayang tahun depan