Realtime website trackingweb stats

Berang agihan untung bisnes tudung, tergamak ‘hadiahkan’ rakan 15 tikaman, ketahui 10 fakta kes tragis ini

Oleh ABDULLAH HAMID

Seorang wanita tergamak membunuh rakan kongsinya kerana berang tidak puas hati dengan agihan bisnes pakaian dan tudung.

Itu motif wanita berkenaan di Kuala Berang, Hulu Terengganu, awal pagi, 1 November yang turut menarik perhatian orang ramai.

Ketahui … fakta kes pembunuhan tragis ini seperti didedahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan:

1. Kejadian disyaki berpunca rasa tidak puas hati dengan pembahagian hasil keuntungan perniagaan selain bermotifkan dendam dan marah antara suspek dan mangsa.

2. Mayat mangsa berusia 65 tahun dijumpai di dalam longkang di depan Pejabat Agama Hulu Terengganu dengan 15 kesan tikaman di badan.

3. Kedua-dua wanita itu bertengkar di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz milik suami kepada suspek.

4. Mangsa kemudiannya turun sebelum dilanggar oleh suspek lalu tercampak ke dalam longkang.

5. Suspek, 35, yang merupakan tukang jahit dalam perniagaan tudung dan baju kurung itu kemudian bertindak menikam mangsa menggunakan pisau pemotong daging di dalam longkang tersebut.

6. Suspek kemudiannya menahan sebuah kenderaan menyedari kereta itu gagal dihidupkan selepas perlanggaran.

7. Dia melarikan diri ke lokasi lain lalu pulang ke rumahnya di Wakaf Tapai, Marang.

8. Polis berjaya memberkas suspek di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi, 1 November dan merampas sebilah pisau yang dibuang berdekatan kawasan kediaman itu untuk siasatan lanjut.

9. Bagaimanapun, polis masih menunggu hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa bagi menentukan punca kematian sama ada daripada kesan perlanggaran atau mati ditikam.

10. Suspek dibawa ke mahkamah 2 November bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca:

Kuasa Agong bakal hilang, lock down akan kembali?” – Ini penjelasan pakar tentang Perjanjian WHO CA+ dan IHR2005

Lain macam kafe ini, mungkin peniaganya introvert, ada yang sibuk cari lokasi ‘standby’ Ramadan

Pura-pura buta demi mengejar bahagia, jumlah ‘gaji’ mereka sungguh lumayan