Berakhirnya pemerintahan paling singkat dalam sejarah

Oleh ADINDA

Tanggal 16/8/2021 berakhirnya era pemerintahan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk atas kerjasama PPBM, BN, PAS dan GPS setelah Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1/3/2020. Pemerintahan ini hanya mampu bertahan selama kira-kira 17 bulan sahaja berbanding dengan tempoh Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

Bagi rakyat Malaysia, berakhirnya pemerintahan ini memberikan gambaran bahawa proses demokrasi di Malaysia masih lagi berlandaskan kepada prinsip yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Seorang Perdana Menteri yang hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat perlu meletakkan jawatan sekiranya permintaannya untuk membubarkan Parlimen tidak diperkenankan oleh YDPA. Percubaan untuk menarik sokongan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti tawaran Durian30 atau pun pakej demokrasi yang ditawarkan sendiri oleh Perdana Menteri secara siaran langsung televisyen juga gagal. YDPA pula memberikan gambaran bahawa tidak mungkin baginda akan bersetuju untuk pembubaran Parlimen.

Baca Artikel Penuh