Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil mesti ada mengalami masalah ini.
Hampir setiap kali keluar rumah dengan membawa si kecil menaiki kereta contohnya ke kedai runcit,
meskit kita akan membeli roti atau makanan ringan buat anak-anak kita bukan.
Ketika kita mahu balik atau pergi ke tempat lain, anak kecil ini mungkin akan mahu memakan makanan yang dibeli tadi dengan segera dan makan dalam kereta.
Bukan masalah pun jika nak makan dalam kereta, tetapi apa yang jadi masalahnya ialah biasanya anak-anak kecil ini makan akan ada sisa-sisa atau serbuk makanan yang jatuh kemana-mana bahagian dalam kereta.
Jika kereta lama tidak dibersihkan, maka sisa-sisa makanan tadi akan mengundang serangga seperti semut dan lipas untuk datang! Semut mungkin bukan masalah besar tapi kalau lipas pula, aduhh!
Mesti ramai yang rasa geli dengan lipas bukan, bayangkan kalau sedang memandu, tiba-tiba ada lipas naik ke kaki kita, adoi!
Lipas-lipas ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya akan membiak dan akan makin ramai kaum kerabat lipas dalam kereta kita. Akibatnya akan jadi makin susah untuk kita halau atau hapuskan lipas-lipas tersebut.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khushairi Borhanudin berkongsikan tips dan cara berguna untuk menghapuskan lipas-lipas dalam kereta.
Sekadar berkongsi perasaan puas. Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas. Kira saya tukang juga la ni kan? Tukang sembur. ?
So, siapa-siapa yang ada masalah lipas banyak dalam kereta, boleh la cuba tips diatas ini.
BACA: Nampak macam kuaci tapi kalau kena boleh lebam dan gatal