Realtime website trackingweb stats

Bengang diugut dedah hubungan sulit jadi punca Farah Kartini maut

Oleh FATIN AQILAH

Bengang diugut akan dedah hubungan sulit mereka kepada isteri suspek, dikatakan menjadi punca bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, dibunuh.

Sumber memberitahu bahawa konflik percintaan antara suspek dan Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya.

“Mangsa dipercayai telah mengugut suspek untuk membocorkan hubungan mereka kepada isteri suspek.

Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan tersebut. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan dalam parit berhampiran lokasi penemuan mayat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa suspek yang ditahan adalah seorang anggota polis dan teman lelaki kepada mangsa.

Bengang diugut dedah hubungan sulit jadi punca Farah Kartini maut

“Berdasarkan siasatan terhadap suspek, mayat mangsa ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam. Namun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat gadis berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira jam 6 petang dan dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya.

Hussein dilaporkan berkata bahawa pemeriksaan awal mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkaitan dengan laporan di Tanjung Malim.

Polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam untuk membantu siasatan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Cuba tengok cermin, kalau di leher ada tanda-tanda ini, kemungkinan anak hidap penyakit ini