Tanpa kita sedari, banyak wang sebenarnya dibelanjakan setiap kali kita keluar bekerja.
Selain kos petrol dan tambang pengangkutan awam, perbelanjaan untuk makan dan minuman juga perlu diambil kira.
Jika dihitung, kos untuk makan di tempat kerja boleh mencecah ratusan ringgit sebulan.
Berikut adalah tiga tip untuk menjimatkan duit belanja makan ketika bekerja, dikongsi oleh individu
Bernama Nazrin Mohd Yunus menerusi aplikasi TikTok:
1. Bawa Bekal
Pertama, bawa bekal ke tempat kerja. Tak perlu makanan yang fancy; lebihan makanan semalam pun boleh dijadikan bekal. Yang penting, kita tetap makan.
Jika kita belanja RM10 sehari untuk makan, dengan membawa bekal, kita dapat jimat RM10 sehari. Jika bekerja selama 20 hari sebulan, kita boleh simpan RM200 sebulan.
2. Bawa Duit Secukupnya
Kedua, pastikan duit dalam dompet mencukupi untuk belanja harian sahaja sebelum pergi kerja. Elakkan membawa duit lebih daripada yang diperlukan. Jika bajet belanja harian adalah RM15, pastikan hanya RM15 sahaja yang ada dalam dompet.
3. Elak Keluar Makan
Ketiga, ini mungkin yang paling sukar iaitu belajar untuk menolak ajakan kawan-kawan untuk makan di luar.
Biarkan mereka menganggap kita ketinggalan zaman atau kedekut. Kita bertanggungjawab atas kewangan kita sendiri
Makan di luar sebenarnya mahal, dan ada juga yang sering meminta orang lain belanja.
Dengan mengikuti tip-tip ini, anda boleh mengurangkan perbelanjaan makan dan menjimatkan wang dengan lebih berkesan.
BACA: Baru tahu tabiat letak tangan dekat gear boleh rosakkan kereta, ramai terlepas pandang