Beg tangan mewah jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM20,000 dan kacang gajus heboh jadi sebutan di media sosial selain nama Wahab.
Menerusi aplikasi X, tanda pagar #begLV #gajuswahab mendapat ribuan ciapan ekoran tersebar klip video perbualan aib melibatkan dua lelaki yang menampakkan beg LV dan gajus.
Individu yang dikatakan mirip wajah seorang VIP berpangkat Datuk itu berbual bersama lelaki misteri bernama Wahab.
Rakaman panggilan video tular itu kemudiannya mengundang sindiran dan kecaman warganet.
Dalam masa sama, petikan filem P. Ramlee berjudul ‘Tiga Abdul’ pun sama tersebar di TikTok.
Terdapat dialog dalam babak filem terbitan tahun 1964 tersebut yang dikatakan tepat mengenai klip video yang tersebar itu:
“Si Abdul Wabah tu sangat sayang binatang sehinggakan dia sendiri buka kedai jual burung-burung,” dipetik dari sedutan filem komedi yang juga menampilkan watak Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.
“Dia cuba goda brader (Wahab) itu dengan tunjuk beg LV kah?
““Beg LV Wahab dah sampai kah? Harap ada video ‘unboxing’.
“Kenapa skrip ni tepat sangat? Macam kena je cerita P.Ramlee ni.
“P.Ramlee dah lama rancang. Kita saja yang lalai,” demikian antara komentar netizen.
Baca:
Highway WCE dah buka, hanya 15 minit ke Kapar, tol percuma 43 hari
5 negara ini rupanya ada cuti wanita sakit haid teruk, Malaysia bila lagi?
“Akhirnya saya menyesal beli Vellfire” – Luahan jujur bekas pemain bola sepak Kedah