Realtime website trackingweb stats

Bebas menfitnah punca kad media Harakah ditarik balik

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Jabatan Penerangan (Japen) menarik balik kad perakuan media daripada Harakah. Menteri Komunikasi, Fahmi,

Dalam sidang Dewan Rakyat pada November tahun lalu, memberi jaminan akan berbincang dengan Japen mengenai tindakan ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai menyatakan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai permohonan rayuan Harakah untuk mendapatkan semula kad tersebut.

Tindakan ini dipercayai berkaitan dengan penyiaran artikel yang memaparkan foto Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dengan bendera Israel.

Ahmad Fadhli mendakwa tindakan ini menunjukkan kerajaan mahu mengekang kebebasan media dan bersuara rakyat, serta menuju ke arah budaya draconian.

Bebas menfitnah punca kad media Harakah ditarik balik

PAS berpendapat bahawa media rasminya, Harakah, tidak akan diberikan semula kad perakuan media oleh Jabatan Penerangan (Japen) kecuali jika berlaku perubahan dalam pentadbiran kerajaan.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menyatakan bahawa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sebelum ini memberi jaminan bertulis untuk mempertimbangkan permohonan tersebut, tetapi sehingga kini tiada perkembangan positif.

“Tahun lalu, kad media itu telah ditarik balik, dan menteri komunikasi telah memberikan jaminan bertulis kepada saya untuk menimbangkan pemberiannya semula. Namun, sehingga hari ini, ia masih belum berlaku.

“Kita berpandangan, peluang untuk mendapatkan semula kad media itu hanya ada sekiranya kerajaan bertukar pada masa depan,” katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam Media dan Pempengaruh bersama PAS di Bangi, malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, dan Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya.

Ahmad Fadhli turut mengulas mengenai cabaran yang dihadapi beberapa syarikat media tanpa menyebut butiran terperinci, namun mendakwa kerajaan Madani seolah-olah menyekat kebebasan media.

Terdahulu, Japen menarik balik kad perakuan media daripada Harakah, dipercayai susulan penyiaran artikel yang memaparkan gambar Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel. Dalam sidang Dewan Rakyat pada November lalu, Fahmi Fadzil memberi jaminan untuk berbincang dengan Japen berhubung isu tersebut dan memaklumkan bahawa permohonan rayuan dari pihak Harakah sedang dipertimbangkan.

Ahmad Fadhli menambah, tindakan kerajaan itu menunjukkan kecenderungan untuk mengekang kebebasan bersuara.

“Sedikit demi sedikit, kerajaan ini bergerak ke arah budaya drakonian, yang menandakan mereka takut kepada kebebasan media.

“Kita akan membentuk satu pasukan dan menyelaraskan naratif dalam tempoh tiga tahun. Saya yakin rakyat tiada pilihan lain selain menolak PH dan BN,” katanya.

BACA: Selepas 3 bulan bercerai akhirnya Ira kazar temui penganti?