Realtime website trackingweb stats

Bayi meninggal terbiar kerana kemiskinan

Oleh ADINDA

Semalaman jenazah bayi terbiar kerana kesempitan hidup

Remuk hati seorang ibu apabila terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup.

Dia hanya mampu mendakap bayi itu sejak malam tadi yang meninggal dunia akibat demam panas.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah dan disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.

Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir berkata, pihaknya dengan bantuan tiga ustaz kampung membantu menguruskan jenazah bayi berkenaan.

“Ibunya tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anak perempuannya berumur dua tahun.

“Kejadian disedari seorang sukarelawan kita yang lalu di situ dan melihat ibu berkenaan menangis, bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah meninggal dan dia tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Laili berkata, pihaknya segera menguruskan bayi berkenaan dan selamat dikebumikan jam 1.30 tengah hari.

Katanya, ibu berkenaan masih dalam keadaan trauma dan difahamkan dia meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu.

 

SUKARELAWAN Rumah Ngaji membantu menguruskan jenazah bayi berusia tiga bulan. FOTO ihsan Rumah Ngaji
SUKARELAWAN Rumah Ngaji membantu menguruskan jenazah bayi berusia tiga bulan. FOTO ihsan Rumah Ngaji

 

Menurutnya, keluarga berkenaan dihimpit kesusahan selepas suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun kerana masalah dadah.

“Justeru kita bantu keluarga ini dengan barangan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian,” katanya.

Laili berkata, Rumah Ngaji yang dikendalikannya banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan beberapa NGO Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan memerlukan.

Kes kesempitan hidup sehingga tidak mampu menguruskan jenazah ahli keluarga yang meninggal dunia ini adalah real. Bukan drama sinetron di kaca tv sahaja.

Ahli keluarga dan jiran enggan bantu

Gambar hiasan

Beberapa tahun lepas di Klang, Selangor juga dilaporkan jenazah seorang bayi baru lahir juga tersimpan selama 3 hari di dalam peti simpanan ayat hospital kerana ahli keluarga tidak mampu menguruskan jenazah. Ibunya pula diserang sawan dan koma.

Terpaksalah atuk dan nenek kepada anak syurga itu telah berusaha untuk meminjam duit kepada ahli keluarga dan jiran jiran,tetapi selepas 3 hari usaha mereka tidak berhasil sepenuhnya dan hanya dapat mengumpul duit berjumlah rm200.

Jumlah keseluruhan yang diperlukan bagi kos mandi kafan untuk jenazah kategori bayi atau kanak kanak berharga rm250,manakala kos pengebumian juga berharga rm250 untuk jenazah kanak.jumlah kos keseluruhan yang perlu disediakan oleh si datuk dan nenek kepada bayi syurga ini adalah rm500.

Bayangkan jenazah anak syurga itu terbiar selama 3 hari didalam peti mayat gara gara si datuk dan nenek gagal mencari duit.

Van jenazah Muslim turut khidmat untuk non-Muslim

Baru-baru ini juga dilaporkan kejadian sukarelawan van jenazah Muslim sanggup menerima dan menghantar jenazah seorang pesakit Covid-19 non-Muslim selepas warisnya tidak mampu membayar sewa van jenazah yang mencecah antara RM3,000 hingga RM4,000 kerana bayaran membawa jenazah Covid-19 lebih tinggi berbanding jenazah biasa.

Menurut pengasas Persatuan Amal Sabah, Masrul Guding, ia juga adalah jenazah bukan Islam positif Covid-19 yang pertama dikendalikan kru Van Jen4zah Percuma Kota Kinabalu sejak mengendalikan jenazah Covid-19 bermula awal bulan ini.

“Alhamdulillah, kami tiada halangan untuk membantu siapa saja tanpa mengira bangsa dan agama. Jika diperlukan, kami pasti membantu sehingga selesai proses pengebumian, lebih-lebih lagi bagi kes Covid-19 hanya pihak yang dibenarkan KKM boleh mengendalikan jenazah,” katanya.