Realtime website trackingweb stats

Bayi Baru Lahir Kenal Muzik Dan Suara Ibunya, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Bayi

Oleh AHMAD ISMAIL

Kelahiran si manja memang mengujakan ibu bapa. Kami sediakan 10 fakta menarik tentang bayi baru lahir yang mesti ibu bapa tahu. Oh ya! Jangan terkejut jika ada antara info di bawah yang kedengaran pelik dan anda tidak tahu.

1. Tiada kepala lutut
Adakah anda tahu bayi yang baru dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai kepala lutut?

Betul!

Apabila bayi lahir, mereka hanya mempunyai sesuatu yang seperti tulang rawan yang kelihatan seperti lutut.

Tetapi sebenarnya, tulang sebenar lutut mereka hanya akan bermula terbentuk selepas mereka mencapai umur enam bulan.

2. Bayi yang baru lahir tidak menangis

Benar!

Suara yang kita dengar daripada bayi yang baru dilahirkan adalah mereka menangis dan meraung.

Mereka menangis kerana belum lagi mampu mengeluarkan air mata. Air mata bayi baru keluar selepas tiga minggu kelahiran.

Sungguh menarik, bukan?

3. Berambut lebat
Pasti anda suka melihat rambut tebal si bayi ketika dia dilahirkan.

Tapi jangan terkejut jika selepas beberapa minggu, anda perasan rambut bayi mula luruh. Biasanya, rambut bayi hanya akan tumbuh semula selepas setahun.

4. Bayi ada 300 tulang
Berbeza dengan orang dewasa, bayi dilahirkan dengan 300 tulang, kira-kira 50% lebih banyak daripada orang dewasa. Tapi, seiring dengan pertumbuhan bayi, tulang-tulang ini akan bergabung dan akhirnya menjadi 206 tulang, sama seperti orang dewasa.

5. Tanda lahir
Tanda lahir pada bayi adalah perkara biasa, dan ia boleh datang dalam pelbagai bentuk, saiz, dan warna.

Menurut Dr. Martin Ward Platt, seorang pakar pediatrik, tanda lahir berlaku apabila saluran darah kecil di bawah kulit berkembang semasa bayi dilahirkan.

Ada tanda lahir yang kekal dan ada juga yang akan hilang apabila bayi semakin meningkat usia.

6. Kenal muzik

Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Helsinki, bayi dapat mengenali muzik yang mereka dengar semasa berada dalam rahim ibu, dan kemampuan ini berterusan sehingga mereka berusia empat bulan selepas dilahirkan.

Jadi, jika anda memainkan muzik yang sering didengar semasa hamil, jangan terkejut jika bayi anda merasa lebih tenang selepas lahir.

7. Rambut selain di kepala
Tidak perlu risau jika anda mendapati bulu-bulu halus tumbuh di beberapa bahagian tubuh bayi yang baru lahir, terutama di belakang telinga dan belakang badan mereka. Bulu-bulu ini adalah perkara biasa dan akan gugur dalam beberapa minggu.

8. Kegemaran utama si manja
Bayi baru lahir juga mempunyai hobi tidur. Jadi, jangan heran jika sebahagian besar masa mereka dihabiskan untuk tidur.

9. Kulit menggelupas
Adakah anda pernah menyedari kulit bayi yang baru lahir kelihatan kering dan menggelupas?

Jangan risau, ini adalah perkara biasa dan bukan tanda bahawa kulit bayi anda kering.

Anda tidak perlu mengguna losyen kerana pengelupasan kulit adalah proses semulajadi bagi bayi.

Ini berlaku kerana kandungan minyak dalam kulit bayi masih belum stabil.

10. Bayi tahu suara ibunya

Selain itu, bayi yang baru lahir dapat mengenali suara ibu mereka, terutamanya jika si ibu sering berkomunikasi dengan mereka semasa dalam rahim.

Oleh itu, adalah baik untuk selalu berinteraksi dengan bayi semasa dalam kandungan.

 

Baca :

Padah enggan guna laluan motor, kereta pula ‘pancung’ dua lorong, patut JPJ pun berang 

“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur 

Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian