Realtime website trackingweb stats

Bayaran STR naik dari RM300 ke RM500 akan dikredit ke akaun mulai hari ini

Oleh AHMAD ISMAIL

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dimasukkan ke dalam akaun anda bermula pada hari Isnin, 29 Januari ini.

Penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima bayaran mereka melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.

Bayaran untuk Skim Tambahan Rakyat (STR) kini telah ditingkatkan kepada RM500 bagi setiap isi rumah, berbanding dengan bayaran maksimum RM300 pada tahun lepas.

Bayaran STR naik dari RM300 ke RM500 akan dikredit ke akaun mulai hari ini

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa peruntukan untuk Fasa 1 telah ditambah sebanyak 26 peratus, mencapai RM2.1 bilion berbanding RM1.67 bilion tahun lepas.

Ini bertujuan membantu lebih ramai rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Setiap kali saya ketemu rakyat, perihal utama diutarakan adalah beban kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan.”

“Saya akur akan keperitan ini, justeru Kerajaan giat berusaha untuk memastikan bantuan dapat dipertingkat dengan lebih ketara agar masalah asas ini dapat dileraikan dan tiada rakyat di belakang di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan bahawa mengikut pendekatan Ekonomi MADANI untuk ‘menaikkan taraf kehidupan’ rakyat dari segi kualiti, Kerajaan akan memberi tumpuan dan memastikan keluarga berpendapatan rendah terus mendapat bantuan yang sewajarnya.

“Kerajaan MADANI sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambahbaik STR dalam usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya.

Sebanyak 8.2 juta orang yang memenuhi syarat telah mendaftar untuk STR 2024.

Namun, jumlah ini dijangka meningkat kepada hampir sembilan juta untuk tahun ini kerana permohonan baru dan kemas kini boleh dilakukan sepanjang tahun, berbeza dengan setahun sekali sebelum ini.

Dikatakan bahawa jika nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk membolehkan proses pengesahan mengikut kategori kelayakan STR dilaksanakan.

Anda boleh menyemak kelayakan STR dan pertanyaan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my atau https://manfaat.mof.gov.my.

Orang ramai disarankan untuk selalu berhati-hati terhadap pautan yang tidak sahih yang mungkin disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai maklumat program STR.

Baca:

Gaul-gaul je dah siap, resepi lejen kerabu lawar jadi kegemaran ramai

Bahaya makan tunas kentang, ini sebabnya, no 5 paling bahaya

Sardin goreng lauk simple tapi sedap tak terkata