Realtime website trackingweb stats

Bawang lagi besar dari kepala, rupanya petani ini guna dua teknik hasilkan tuaian rekod dunia

Oleh FATIN AQILAH

Saiz bawang yang lebih besar daripada kepala bukanlah mustahil untuk dihasilkan. Itu yang berjaya dilakukan seorang petani di United Kingdom (UK) yang menanam bawang gergasi seberat 8.97 kilogram (kg).

Rekod beliau dikatakan akan memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kategori sayuran itu.

Petani dari Guernsey, Gareth Griffin memberitahu dia mencuba dua teknik berbeza untuk menanam bawang gergasi itu.

Menurutnya, teknik tersebut melibatkan pencahayaan selama 24 jam dan sistem pengairan automatik.

Saiz bawang menakjubkan itu telah menarik perhatian orang ramai pada Pameran Bunga Musim Gugur Harrogate di Yorkshire Utara dari 15 hingga 17 September lalu.

Berat bawang yang ditanam oleh Griffin ditimbang ketika beliau menyertai Pertandingan Sayur-sayuran Gergasi Persatuan Kehormat Kebangsaan England (NEHS.

Lapor The Independent, permohonan untuk memecah Rekod Dunia Guinness telah dihantar untuk semakan.

Menurut Griffin, beliau mengembangkan minat menanam sayuran gergasi selepas melihat kejayaan bapanya dan mengakui kerap menyertai kejohanan dunia sejak 12 tahun lalu.

“Saya hampir memegang rekod pada 2014 tetapi kekurangan beberapa gram. Saya mencuba sejak itu dan tahun ini ia berjalan lancar.

“Saya rasa ia agak besar sedikit daripada bola sepak dan lebih kepada bentuk bola ragbi,” katanya.

Pada masa ini, rekod dunia untuk bawang terbesar ialah seberat 8.5 kg yang ditanam oleh Tony Glover juga dari UK dan ditimbang di pameran serupa pada 12 September 2014.

Baca:

Siti Nurhaliza dedah sedang diuji, dah berdoa depan kaabah untuk kesembuhan, redha jika ditarik nikmat

Caprice upah ‘bodyguard’ khas jaga keselamatan Mondy, bahaya selagi kes tak selesai

Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna