Realtime website trackingweb stats

Basmi budaya buli, bekas tentera, polis jadi warden MRSM

Oleh FATIN AQILAH

Basmi budaya buli, bekas tentera, polis jadi warden MRSM. Dalam usaha membasmi budaya buli dan memperkukuh disiplin pelajar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal melaksanakan pendekatan baharu — mengambil bekas pegawai tentera dan polis sebagai warden di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)!

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa langkah ini merupakan sebahagian daripada projek rintis yang akan dilaksanakan di beberapa MRSM terpilih terlebih dahulu.

“Kami akan mulakan di beberapa MRSM dahulu untuk menilai sejauh mana keberkesanan pendekatan ini. MARA juga akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Veteran Tentera dan bekas polis bagi memastikan pemilihan warden dibuat berdasarkan kriteria yang sesuai,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Basmi budaya buli, bekas tentera, polis jadi warden MRSM

Langkah drastik ini diambil susulan beberapa insiden buli yang berlaku di MRSM, termasuk kes terbaru yang menyaksikan tujuh pelajar terpaksa meninggalkan sekolah selepas didapati bersalah.

Antara kes yang mendapat perhatian ramai adalah video tular berdurasi satu minit 31 saat yang memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama. Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan sekitar pertengahan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou mengesahkan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Warden Baharu, Peranan Lebih Jelas

Dalam pada itu, Asyraf menjelaskan bahawa Bahagian Pendidikan Menengah MARA sedang merangka terma rujukan (TOR) yang jelas bagi menetapkan peranan dan tanggungjawab warden agar tugas mereka lebih terarah dan berkesan.

“Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk membina akhlak, sahsiah, dan disiplin pelajar MRSM. Kita mahukan persekitaran pembelajaran yang selamat dan bebas daripada budaya buli,” tegas beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang kes buli yang berlaku tidak akan disembunyikan. Sekiranya terdapat cubaan untuk menutup kes atas alasan menjaga imej MRSM, tindakan tegas akan diambil terhadap pentadbiran yang terlibat.

Intipati Langkah MARA

  1. Projek rintis guna bekas tentera & polis sebagai warden MRSM.
  2. Fokus: sifar buli dan peningkatan disiplin pelajar.
  3. Kes buli akan disiasat tanpa kompromi.
  4. Warden akan diberi garis panduan tugas yang jelas.

MARA jelas serius mahu mengembalikan nama baik MRSM sebagai institusi pendidikan yang bukan sahaja cemerlang akademik, tapi juga membentuk insan berakhlak tinggi.

BACA JUGA : 

Asyraf Wajdi cadang MRSM Kepala Batas dinamakan MRSM Tun Abdullah Badawi

Akibat gagal lunas hutang RM 1juta, MARA fail Che Ta dan anak lelaki bangkrap

Selepas lari dari penjara, ganjaran lebih RM93,000 kepada pemberi maklumat tangkap pembunuh