Realtime website trackingweb stats

Baru tahu sebab orang cina cepat kaya, ini rahsia yang diamalkan turun temurun

Oleh NUR KASIH

Seorang pempengaruh kewangan yang dikenali sebagai Afham Yusof telah menarik perhatian ramai

selepas mendedahkan satu ‘rahsia’ yang dipraktikkan oleh masyarakat Cina dalam menguruskan kewangan mereka.

Afham, yang juga seorang pencipta kandungan di platform YouTube, menyatakan bahawa rahsia ini

Telah memberi impak besar dalam cara masyarakat Cina menguruskan perbelanjaan mereka.

Menurut Afham, rahsia ini didedahkan oleh rakannya, Sean, yang berjaya menyimpan sebanyak 50 peratus daripada gaji bulanan beliau.

Baru tahu sebab orang cina cepat kaya, ini rahsia yang diamalkan turun temurun

Sean menerangkan bahawa masyarakat Cina mengikuti tiga prinsip kewangan utama yang membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih berkesan.

1. Tidak suka kumpul barang kemas

Orang Cina dikatakan suka membeli emas untuk kegunaan kecemasan berbanding barangan kemas yang sering dipakaikan di tubuh badan untuk menunjuk-nunjuk.

Hal ini kerana, emas-emas tersebut boleh dipajak gadaikan di masa hadapan selain tidak perlu meminjam duit daripada ahli keluarga atau rakan di masa susah kelak.

2. Perbelanjaan berdasarkan peraturan nisbah 1:10

Sentiasa mengeluarkan belanja dalam jumlah satu daripada 10 bahagian wang yang diperoleh. Contohnya, mereka akan belanjakan RM1 daripada RM10 yang diperolehi.

Dalam bahasa mudahnya, masyarakat Cina lebih gemar menggunakan wang yang mereka perolehi untuk perbelanjaan seharian dalam kadar seminima yang boleh.

Walaupun bukan semua, kebanyakkan masyarakat Cina juga tidak suka berhutang di mana mereka gemar menggunakan wang tunai dalam pembelian sesuatu barang.

Sekiranya memang perlu berhutang sebagai contohnya untuk membeli rumah, kereta atau sebagainya, mereka akan meletakkan wang deposit dalam jumlah yang tinggi.

Hal ini kerana, sesetengah masyarakat Cina yang bertindak sedemikian kerana mahu menjaga cashflow atau aliran tunai sama ada keluar dan masuk pada setiap bulan.

3. Beli barang berkualiti

Masyarakat Cina yang berpegang kepada prinsip ini tidak berkira untuk berbelanja lebih banyak wang bagi membeli barang berkualiti asalkan ia boleh diguna lama.

“Orang Cina yang ketika ini masih bekerja juga lebih memilih untuk berkahwin apabila mereka sudah stabil, kerjaya juga terjamin dan tentunya selepas memiliki kediaman.

“Begitu juga dengan perancangan keluarga, pasangan berbangsa Cina kebanyakkan hanya mempunyai seorang atau dua orang anak. Kadang-kadang, langsung tiada.

“Hal ini kerana bagi mereka, anak yang sedikit membawa makna ada duit lebih untuk dibelanjakan contohnya dari segi kesihatan, pendidikan, atau pencen mereka sendiri.” Jelas Afham.

BACA: Elektrik jimat, rumah pun sejuk, kalau ikut cara ini di musim panas, tak perlu pasang aircond