Francais filem seperti Avatar, The Avengers, dan Star Wars adalah antara yang berjaya mencatatkan kutipan tertinggi sepanjang masa dengan jumlah melebihi jutaan USD.
Filem-filem yang mendapat sambutan hangat dan hasil kutipan tiket yang tinggi sering digelar sebagai filem blokbuster.
Namun, tahukah anda asal usul perkataan “blokbuster” dan apa kegunaan sebenar perkataan ini sebelum ia digunakan dalam bidang hiburan? Mari kita lihat sejarahnya.
Asal Usul Perkataan “Blokbuster”
Perkataan “blokbuster” pertama kali digunakan pada tahun 1942 untuk menggambarkan keadaan semasa peperangan.
Pada 29 November 1942, Itali diserang oleh bom-bom yang dihantar oleh Kuasa-Kuasa Bersekutu dengan kekuatan yang luar biasa.
Bom-bom ini mempunyai kemampuan untuk memusnahkan seluruh blok bangunan di bandar.
Perkataan “blokbuster” digunakan oleh majalah TIME untuk melaporkan peristiwa pengeboman yang dahsyat semasa Perang Dunia Kedua. TIME melaporkan:
“Perkataan ini pertama kali digunakan dalam halaman TIME pada 29 November 1942, untuk melaporkan serangan bom oleh pihak Bersekutu terhadap sasaran perindustrian utama golongan fasis di Itali. Bom-bom ini digelar ‘blokbuster’ kerana kemampuannya memusnahkan seluruh blok bandar.”
Secara ringkasnya, ‘block’ merujuk kepada blok bangunan bandar, manakala ‘buster’ berasal dari perkataan ‘bust’ yang bermaksud musnah atau hancur, menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan.
Apabila Tentera Udara Diraja British terus melakukan pengeboman, penggunaan perkataan ini semakin meluas. Media mula menggunakan “blokbuster” sebagai metafora untuk merujuk kepada apa sahaja keadaan atau kejadian yang keterlaluan dan mengejutkan.
Peralihan penggunaan perkataan ini boleh dilihat dalam majalah TIME yang melaporkan dari pengeboman ke berita mengejutkan, dari keputusan mahkamah hingga perlawanan bola sepak yang tumpuan.
Akhirnya, perkataan “blokbuster” digunakan dalam dunia hiburan untuk merujuk kepada filem-filem yang berjaya meraih keuntungan besar di panggung wayang.
BACA: Ramai abai 3 perkara ini jadi punca kipas siling tak rasa angin walaupun berpusing laju