Masalah dagu berlapis atau ‘double chin’ memang boleh menyebabkan rasa tidak selesa, baik untuk wanita mahupun lelaki.
Keadaan ini biasanya berlaku akibat berat badan berlebihan atau proses penuaan.
Ada sesetengah individu yang sanggup melaburkan wang untuk menjalani pembedahan membuang lapisan lemak
Demi mendapatkan bentuk wajah yang runcing atau bujur sireh.
Namun, tahukah anda bahawa tanpa perlu menjalani pembedahan plastik, anda boleh mengurangkan lapisan lemak di bawah dagu dengan teknik senaman?
Tidak perlu membazirkan wang, hanya perlu konsisten dengan tujuh teknik senaman yang disarankan seperti yang diperkongsikan di laman Times of India:
Senaman Bola Tenis
Letakkan bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu, kemudian kendurkan. Ulangi sebanyak 25 hingga 30 kali.
Senaman Lidah
Pandang lurus ke hadapan, gulung dan keluarkan lidah anda sepanjang yang boleh. Ulangi gerakan yang sama ke atas, iaitu memanjangkan lidah ke arah hidung. Bertahan selama 10 hingga 15 saat. Tarik nafas dan ulangi senaman ini beberapa kali.
Mengunyah Gula-Gula Getah
Mengunyah gula-gula getah berulang kali melatih otot muka dan dagu dalam gerakan berulang, serta mengelakkan penambahan lemak. Ia juga membantu menguatkan otot rahang dan menaikkan dagu.
Senaman Sebutan ‘oo-ee’
Senaman ini melibatkan membuat bunyi ‘oo-ee’ dengan pergerakan muka yang berlebihan. Bunyi ini membantu menyasarkan otot di antara bibir atas dan hidung serta bibir.
Menguap
Ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher turut ditarik, yang boleh membantu membakar lemak di pipi dan dagu.
Urutan
Untuk melakukan urutan, mulakan dari hujung leher ke arah dagu dan rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
Senyuman Lebar
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, dan tarik bibir seolah-olah tersenyum lebar. Lakukan sehingga otot rahang dan dagu terasa ditarik. Tahan selama 10 saat dan ulangi gerakan ini sebanyak 10 kali.