Setiap hari, pasti ada sahaja berita mengenai keretakan rumah tangga akibat gangguan orang ketiga.
Situasi ini tentunya merisaukan kerana ia boleh menggugat keharmonian sesebuah keluarga dan menjejaskan hubungan suami isteri
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyaman orang ketiga dengan cara seperti berikut.
Perkara ini dikongsi oleh seorang peguam bernama Fatin di laman TikToknya.
Jadi, jika rumah tangga anda diganggu, ikuti langkah-langkah ini untuk menyaman orang ketiga!
“Bagaimana cara untuk menyaman pihak ketiga yang mengganggu perkahwinan orang?”
Antara langkah yang diajar oleh Fatin melalui video tersebut adalah:
Buat aduan mengenai Gangguan Pihak Ketiga di pejabat agama yang terdekat.
Gangguan Pihak Ketiga ini termasuk dalam kategori kesalahan jenayah syariah, dan hanya Pendakwah Syarie yang mempunyai kuasa untuk memulakan kes jenayah.
Jika terdapat bukti yang kukuh untuk aduan tersebut, kita boleh mendakwa pihak ketiga di Mahkamah Syariah.
Antara bukti kukuh yang diperlukan adalah:
-Maklumat diri orang ketiga
-Gambar atau bukti bahawa dia adalah orang ketiga
-Tangkap layar mesej atau bukti
-Dokumen lain seperti video, rakaman suara, gambar, dan lain-lain.
Jika perosak rumah tangga tersebut disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah juga boleh memerintahkan lelaki atau perempuan tersebut supaya kembali kepada pasangan mereka.
BACA: Ini cara mudah dapatkan iPhone 16 tanpa Kontrak, siap ada cashback