Selepas mandi, anda mungkin akan perasan banyak rambut di lantai bilik air.
Ini boleh menjadi masalah besar, terutama bagi wanita, yang mungkin bimbang rambut akan semakin nipis hingga terlihat kulit kepala.
Salah satu punca keguguran rambut boleh jadi berpunca daripada cara kita menyampu rambut yang tidak betul.
Ramai yang tidak menyedari perkara ini.
Dikongsi oleh Nunnajmeen, yang pernah menghadapi masalah keguguran rambut sebelum ini,
berikut adalah cara menyampu rambut dengan betul untuk mengelakkan rambut gugur.
Salah satu sebab utama rambut gugur semasa membasuh adalah kerana teknik menyampu yang tidak betul. Saya mula menyampu rambut dengan cara yang betul sejak 30 hari lalu, dan hari ini saya sudah melihat perubahannya. Rambut gugur sudah berkurang!
Urut & sikat rambut sebelum basahkan kepala
Saya suka menggunakan sikat gigi lebar jenis kayu yang tumpul. Jangan lupa urut dan sikat belakang kepala juga, dari tengkuk ke atas. Lakukan ini selama kira-kira 5 minit untuk melancarkan peredaran darah.
Buat Double Cleansing
Cara ini sesuai untuk anda yang menyampu rambut 2-3 hari sekali sahaja. Tidak disarankan untuk mencuci rambut dua kali sehari setiap hari.
Mengapa saya menyebut double cleansing, bukan double shampoo? Ini kerana seminggu sekali, saya akan melakukan double cleansing, iaitu menggunakan Syampu + Rawatan Rambut.
Double Cleansing dalam Penjagaan Rambut:
Ada 2 cara:
Syampu + Syampu
Syampu + Rawatan Rambut (Hair Treatment Rinse)
Saya lebih suka cara kedua kerana saya menggunakan double cleansing ini untuk membersihkan akar rambut dan kulit kepala dari kotoran dan minyak berlebihan.
Jangan terus bilas
Selepas bersyampu, biarkan seketika sebelum membilas. Biarkan bahan-bahan dari syampu meresap ke dalam akar rambut selama 5-15 minit.