Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya kegunaan ‘aluminium foil’ sebenarnya bahayakan kesihatan

Oleh HADI KAMARUDIN

Tidak lengkap rasanya jika barbeku dilakukan tanpa menggunakan aluminium foil (kerajang aluminium) atau kuali jenis foil.

Alat ini memudahkan proses memasak makanan di atas pemanggang kerana selepas digunakan,

kita hanya perlu membuang foil tersebut tanpa perlu bersusah-payah membersihkan dapur.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa bersentuhan dengan bahan yang bersifat asidik atau masin boleh menyebabkan ion aluminium

meresap dari foil ke dalam protein hidangan yang dipanggang. Kadar aluminium yang tinggi yang memasuki badan kita boleh membahayakan kesihatan.

Baru tahu rupanya kegunaan 'aluminium foil' sebenarnya bahayakan kesihatan

Pakar pemakanan dari pusat nasihat pengguna di Bavaria, Jerman, Daniele Krehl, membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Menurutnya, kuali yang diperbuat daripada keluli tahan karat atau enamel adalah alternatif yang lebih selamat dan mesra alam.

Walaupun memanggang menggunakan kuali mungkin memerlukan masa lebih lama berbanding memanggang terus di atas api dengan makanan dibalut aluminium foil, ia adalah pilihan yang lebih baik dari segi kesihatan.

Selain memanggang, penggunaan aluminium foil di dapur juga perlu dikurangkan.

Menurut pusat pengguna, aluminium foil tidak sesuai digunakan untuk menutup atau membungkus lemon, hirisan epal, tomato, jeruk, serta makanan masin seperti sosej, ikan, dan keju.

Sebagai alternatif, Daniele menyarankan agar orang ramai beralih kepada cling film (filem pelekat) yang diperbuat daripada plastik atau porselin untuk keselamatan dan kesihatan yang lebih baik.

BACA: Cara jaga kereta habis ‘Warranty’ supaya tahan lama, tak selalu rosak