Air pancuran yang kuat di rumah pastinya membuat sesi mandian dan cucian lebih memuaskan
. Namun, sesetengah rumah menghadapi masalah tekanan air yang rendah, menyebabkan air paip keluar dengan perlahan.
Melalui satu perkongsian di laman TikTok oleh Morsy Construction, terdapat petua untuk meningkatkan aliran air paip di rumah anda.
“Masalah ini biasanya disebabkan oleh ‘angin’ dalam saluran paip atau dikenali sebagai air lock,” jelas mereka.
Berikut adalah penyelesaian yang dikongsi:
Menurut Morsy Construction, pertama sekali, anda perlu membuka bidet paip untuk mengeluarkan udara yang terperangkap dalam saluran.
“Apabila bidet paip dibuka, biarkan udara keluar dari saluran paip.
Pada mulanya, air mungkin keluar dengan tidak sekata
Namun selepas beberapa minit, air akan mula memancut dengan lebih laju, menunjukkan tekanan dalam paip sudah stabil.
Jika perlu, anda boleh menggunakan jari untuk membersihkan sebarang halangan dalam paip.
“Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan untuk menukar kepala paip (bidet) dengan model baru yang mempunyai salur masuk yang lebih besar,” tambah Morsy Construction.
BACA: Kulit Telur Sebagai Baja: Teknik Betul Menyuburkan Tanaman