Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya beras pun ada tarikh luput, yang penting jangan buang dulu!

Oleh ARIF ABDULLAH

Seperti bahan mentah lain, beras juga mempunyai tarikh luput atau tempoh boleh digunakan.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), beras putih kering boleh bertahan sehingga dua tahun jika disimpan pada suhu bilik.

Berbeza dengan beras berang, yang hanya boleh digunakan selama kira-kira enam bulan.

Untuk mengenal pasti beras yang rosak, anda boleh memerhati perubahan bau, rasa, dan tekstur beras tersebut.

Pastikan juga untuk mengelakkan memasak atau mengambil beras yang telah tumbuh kulat atau pepijat.

Baru tahu rupanya beras pun ada tarikh luput, yang penting jangan buang dulu!

Jika beras yang disimpan telah rosak, lakukan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan pembaziran:

1. Bahan kompos untuk baja tumbuhan ditanam.

2. Makanan kepada haiwan ternakan.

3. Kegunaan kebun dan pertanian.

4. Bahan kraf dan hasilkan bahan seni.

Oleh itu, terdapat banyak kegunaan beras yang boleh kita lakukan daripada dibuang begitu sahaja.

Memandangkan harga beras semakin tinggi, elakkan daripada melakukan sebarang pembaziran dengan membuang atau membakar beras.

BACA: Rupanya ini cara ‘betul’ simpan salad agar tahan lama