Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya bahaya simpan telur di rak tepi pintu peti ais, ini sebabnya

Oleh ADINDA

Rak berlubang pada tepi pintu peti sejuk biasanya direka untuk memastikan telur tersusun dengan baik dan tidak mudah pecah.

Penyimpanan telur di dalam peti sejuk dapat mengekalkan kualiti dan kesegarannya

sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih lama berbanding menyimpannya di tempat biasa.

Namun, terdapat bahaya yang mungkin timbul yang boleh menjejaskan kesihatan jika anda menyimpan telur di bahagian tersebut.

Suhu pada pintu peti sejuk akan berubah-ubah apabila sering dibuka, dan ini mungkin menyebabkan jangka hayat telur menjadi lebih pendek.

Baru tahu rupanya bahaya simpan telur di rak tepi pintu peti ais, ini sebabnya

Pakar penyimpanan makanan, Vlatka Lake, menjelaskan bahawa kulit telur yang dibiarkan pada suhu bilik boleh ‘berpeluh’, yang sekaligus memungkinkan pergerakan bakteria ke bahagian dalam telur.

Keadaan ini boleh menyebabkan anda jatuh sakit jika memakan telur yang terdedah kepada kuman.

Oleh itu, sebaiknya simpan telur di bahagian rak atas atau tengah peti sejuk dan letakkan ia di dalam karton atau sarang khas.

Karton berfungsi untuk melindungi liang-liang telur daripada menyerap bakteria atau bau yang tidak diingini.

BACA: Dengan hanya menghantar barang kepada penduduk sebuah pulau, lelaki raih pendapatan RM 22k sebulan