Di Malaysia, terdapat banyak pihak yang sentiasa memantau perubahan nilai tukaran Ringgit Malaysia terhadap Dolar Amerika Syarikat (USD) kerana pelbagai sebab.
Mereka mungkin merupakan penganalisis ekonomi dan kewangan, peniaga matawang, atau sekadar pemerhati politik
yang mencari hujah untuk menyebarkan berita baik atau buruk mengenai kesan matawang terhadap ekonomi kita.
Namun, bagi beberapa negara kecil, isu ini tidak berlaku kerana mereka memilih untuk menggunakan matawang asing
sebagai pengganti matawang negara mereka. Mari kita lihat beberapa contoh negara yang telah memilih langkah sedemikian.
1. Ecuador
Ecuador adalah antara negara yang memilih untuk menggunakan Dolar Amerika Syarikat sebagai matawang rasmi mereka, menggantikan matawang asal mereka, Sucre, pada tahun 2000. Langkah ini diambil kerana pemerintahan Ecuador pada waktu itu merasakan sistem perbankan tempatan kurang efisien dan tidak dapat menangani kelembapan ekonomi dengan baik.
Penggunaan Dolar AS dilihat berjaya membantu mengatasi masalah perbelanjaan luar kawalan dan inflasi hiper yang pernah melanda negara tersebut semasa mereka masih menggunakan matawang sendiri.
2. El Salvador
El Salvador, sebuah negara kecil yang terkenal dengan kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi, menjadikan Dolar Amerika Syarikat sebagai matawang rasmi mereka pada tahun 2001. Tujuan utama langkah ini adalah untuk meningkatkan pelaburan asing ke negara tersebut.
Namun, pertukaran ini membawa masalah baru – aliran wang tunai keluar dari negara tersebut dilaporkan sangat tinggi, dan kerajaan El Salvador tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan dasar monetari kerana terikat dengan dasar monetari Amerika Syarikat. Oleh itu, beberapa tahun kebelakangan ini, El Salvador cuba memperkenalkan matawang digital Bitcoin sebagai alternatif.
3. Timor Leste
Timor Leste, yang mempunyai tahap kewangan yang kecil dan terhad, memilih Dolar Amerika Syarikat sebagai matawang rasmi mereka selepas merdeka daripada Indonesia pada tahun 1999 hingga 2000. Walaupun begitu, disebabkan oleh pengaruh negara lain dan kedudukan geografi, beberapa matawang lain seperti Dolar Australia, Rupiah Indonesia, dan Escudo Portugal juga diterima.
Walaupun Dolar AS adalah matawang rasmi, syiling Portugal yang dinamakan Centavo turut diterima. Walaupun langkah ini pada awalnya berjaya, Timor Leste masih menghadapi masalah kos sara hidup yang tinggi, dengan harga barangan yang lebih mahal berbanding di negara jiran mereka.
4. Kiribati
Kiribati, sebagai sebuah negara kepulauan dengan sumber terhad, memilih untuk menggunakan Dolar Australia (AUD) sebagai matawang mereka. Pada tahun 1979, Kiribati cuba memperkenalkan matawang sendiri, Kiribati Dollar, tetapi nilai matawang tersebut dinyatakan dengan nilai AUD.
Akhirnya, penduduk Kiribati lebih selesa melakukan transaksi dalam AUD, menjadikan Kiribati Dollar tidak lagi relevan kerana kestabilan dan nilai AUD yang lebih tinggi.
5. Liechtenstein
Pada tahun 1924, Liechtenstein memilih untuk menggunakan franc Switzerland sebagai matawang rasmi mereka, meninggalkan krone Austria yang sebelumnya digunakan.
Perubahan ini berlaku kerana nilai krone merosot akibat sekatan ekonomi dan inflasi hiper yang menyebabkan kos sara hidup meningkat.
Penggunaan franc Switzerland mula diterima secara tidak rasmi di kalangan peniaga, dan pada 3 Mei 1924, ia diumumkan secara rasmi bahawa matawang franc Switzerland akan digunakan secara terbuka. Perubahan ini masih kekal hingga hari ini.
BACA:Â Nama pelakon Rusdi rupanya ada kena mengena dengan legenda negara Allahyarham P Ramlee