Realtime website trackingweb stats

Baru tahu kenapa kucing bulu kuning susah duduk diam, ada kaiatan dengan DNA rupanya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ciri-ciri kucing berwarna oren atau lebih akrab dengan panggilan ‘Oyen’ adalah sikap mereka yang nakal dan tak reti duduk diam.

Walau bagaimanapun, adakah anda pernah terfikir mengapa kucing ‘Oyen’ ini begitu aktif dan tidak boleh duduk diam?

Terdapat fakta menarik tentang kucing ‘Oyen’ yang mungkin tidak ramai yang tahu.

1. DNA Kucing ‘Oyen’ Hampir Sama dengan Harimau

@stepinpetshop_oe Pencinta kucing mesti tau kenakalan si OYEN 🧡🧡🧡. Jom tengok fakta tentang mereka! #stepinpetshop #info #educational #pencintakucing #catlover #oyen #foryou ♬ r&b loop – Official Sound Studio

Menurut sumber, DNA kucing ‘Oyen’ berkemungkinan mempunyai hampir 96% persamaan dengan harimau.

Namun, ini tidak bermaksud bahawa mereka adalah sama, kerana saiz badan dan keganasan harimau tetap menjadi ciri yang membezakan.

2. Kucing ‘Oyen’ Dikagumi oleh The Vikings

Menurut video yang berkongsi fakta ini, pahlawan Viking dahulu kala dikatakan meminati dan memelihara kucing ‘Oyen’ untuk membantu dalam mengawal tikus di atas kapal.

Kucing ‘Oyen’ mempunyai personaliti yang berani dan garang, yang membuat mereka menjadi pilihan pahlawan Viking.

3. Semua ‘Oyen’ adalah Jenis Kucing ‘Tabby’

@hidn_lol bro is contemplating 😞 #cat ♬ nhạc nền – Đà Lạt +

Kucing ‘Oyen’ biasanya mempunyai corak ‘Tabby,’ yang dikenali dengan jalur dan bintik-bintik pada bulu mereka.

Ciri yang membezakan adalah adanya corak ‘M’ di dahi kucing ‘Oyen.’

4. Lebih Banyak Kucing ‘Oyen’ Jantan

Menurut video tersebut, kucing ‘Oyen’ jantan adalah lebih banyak daripada yang betina.

Contohnya, dalam setiap 10 ekor kucing ‘Oyen,’ mungkin terdapat lapan ekor jantan dan dua ekor betina.

Bacaan ini telah mendapat perhatian warganet, dan ramai yang berkongsi pengalaman dan cerita mengenai kucing ‘Oyen’ mereka di rumah.

Jadi, sikap nakal kucing ‘Oyen’ mungkin disebabkan oleh warisan genetik mereka yang kuat serta personaliti mereka yang unik di kalangan kucing.

Baca:

“Jangan main-main dengan darah rakyat Palestin”- Netizen berang live TikTok Da’i Syed

Padah enggan guna laluan motor, kereta pula ‘pancung’ dua lorong, patut JPJ pun berang

“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur