Realtime website trackingweb stats

Baru tahu ini teknik elak mangga susah nak buka dan kunci

Oleh ARIF ABDULLAH

Mangga logam biasanya dipasang pada pagar atau pintu jeriji untuk tujuan keselamatan.

Namun, akibat faktor alam seperti kelembapan dan perubahan cuaca, mangga logam

Boleh berkarat dengan mudah, menyebabkan ia kurang berfungsi dengan baik.

Karat yang terkumpul boleh menyukarkan mangga untuk dibuka atau dikunci.

Dalam satu hantaran di laman Facebook oleh Soberry Msy, petua untuk melindungi mangga logam daripada karat telah dikongsi.

Baru tahu ini teknik elak mangga susah nak buka dan kunci

Petua ini mencadangkan agar mangga logam dilindungi daripada hujan dan panas untuk mengelakkan karat.

Bahan-bahan:

1) Botol air yang sudah kosong

Langkah-langkah:

1) Potong bahagian bawah botol air.

2) Seterusnya potong secara memanjang pada botol air tersebut, pastikan ukuran potongan boleh memuatkan mangga logam berkenaan. Jangan terlalu besar potongan kerana risau nanti mudah tercabut.

3) Sarungkan botol air yang sudah siap dipotong pada mangga sebagai pelindung daripada hujan dan panas.

4) Untuk lebih berkesan, boleh juga sembur mangga dengan cecair anti-karat.