Realtime website trackingweb stats

Baru seronok nak belajar Matematik, kena hadap pula silibus susah – Ini mungkin sebab murid ramai tercicir

Oleh AHMAD ISMAIL

Ramai mengeluh dan bimbang anak mereka yang baru seronok nak belajar Matematik, tetapi dibebankan dengan silibus yang amat susah.

Tidak hairanlah jumlah murid keciciran sejak sekolah rendah lantaran gagal menguasai 3M (membaca, menulis, mengira) agak membimbangkan.

Isu silibus mata pelajaran yang disifatkan terlalu tinggi untuk murid Tahap Satu sudah lama dibangkitkan bekas guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh.

 Baru seronok nak belajar Matematik, kena hadap pula silibus susah - Ini mungkin sebab murid ramai tercicir

Beliau yang dikenal sebagai guru pencetus kontroversi lantaran mengkritik isu silibus ini pernah berkongsi soalan Matematik untuk topik Kombinasi Nombor bagi murid Darjah 1.

Rata-rata netizen termasuk pemegang ijazah dalam bidang Matematik memberitahu mereka pun garu kepala dibuatnya.

Apa tidaknya, tanpa ada simbol operasi tambah atau tolak, soalan itu didakwa bercampur aras sekali gus.

Cikgu Fadli dahulu memberitahu beliau amat sukar untuk memahamkan murid.

Sepatutnya, kata guru itu, soalan dibina secara ansur maju.

“Satu page latih tubi macam soalan a dan b sahaja. Buat banyak-banyak soalan macam tu.

“Soalan c dan d dah berbeza tu. Terus keliru murid-murid. Tu patut buat satu page lain pula.

“Soalan e dan f beza lagi. Pun kena buat soalan dalam satu page lain. Ni campur aduk dalam satu page, pening budak-budak nak jawab, payah guru-guru nak terangkan,” kata Cikgu Fadli.

Perkongsian beliau kemudiannya dihujani komentar yang mempersoal kewajaran soalan tersebut untuk murid seawal usia tujuh tahun.

“Saya yang ada degree Matematik pun tak tau apa benda kombinasi yang dimaksudkan tu, dengan tiada simbol tambah, tolak sama dengan bagai,” kata Anis Hafiza.

Sementara itu, pengguna Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol berpendapat murid-murid yang baru seronok untuk belajar Matematik tidak patut ditakutkan dengan silibus yang terlalu sukar.

Tambahan pula, katanya, ramai murid Tahun 1 masih lagi merangkak untuk membaca dan mengira.

“Fobia budak-budak yang baru nak seronok belajar Matematik. Ada yang tak kena dengan orang yang buat silibus untuk Darjah 1 ni,” ujarnya lagi.

Bagi Norkamal Latif Zainuddin pula, soalan tersebut amat susah untuk diterangkan kepada murid.

“Tahun 1 ada yang baru kenal nombor menaik, menurun. Ni dah suruh congak kira-kira. Handal betul silibus sekarang,” tempelaknya lagi.

Baca:

Serba salah nak ketawa, gelagat kembar ini gelakkan ‘member’ nak menangis menghiburkan

Ni last ya bang” – Individu luah kesal harga ‘keras’ tapi kuantiti dapat tak berbaloi

DIY sendiri roti john inti selambak di rumah, baru lah puas hati makan!