Bapa serabut cari duit, budak 6 tahun ‘slamber’ belanja kawan sampai RM1600. Misteri kehilangan simpanan tunai seorang lelaki sebanyak RM1600 terjawab selepas anaknya yang berusia 6 tahun membuka cerita. Terkejut bapanya bila tahu cerita sebenar disebalik kehilangan wangnya.
Ragam anak-anak sememangnya mencuit hati namun kadangkala boleh mencabar kesabaran ibu dan bapa.
Seperti rakaman video tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan dimarahi bapanya selepas ‘ditangkap’ membawa beberapa keping wang kertas bernilai RM50 dan RM100 ke sekolah.
Kesemua duit tersebut diisi dalam beg sekolah yang dikatakan baharu saja dibeli untuknya.
View this post on Instagram
Menurut bapanya, dia membawa duit tersebut untuk diberikan kepada kawan-kawan yang dikatakan daripada keluarga susah di sekolah.
“Dekat kawan berapa orang bagi? Seorang saja, sebab apa… dia susah?
“Allahuakhbar, dia kata kawan susah, lepas tu dia bawa duit banyak. Rupa-rupanya duit abah dia hilang, selamat abah jumpa hari ni sebab Allah nak tunjuk.
“Banyak hari abah cari… beg baru beli, dia letak duit abah dalam ni bawa pergi sekolah nak tolong kawan-kawan susah,” ujarnya si bapa.
Malah dia turut menasihati anaknya supaya tidak melakukan perkara begitu pada masa hadapan.
Raiza (duduk kiri) merupakan anak kedua daripada empat beradik.
Bercerita kepada mStar, Noor Erwan Mohamad Nor Din berkata, dia terkejut apabila anak keduanya itu menceritakan keinginan untuk membantu rakan yang susah.
Malah anaknya yang baru berusia enam tahun mengakui bermurah hari membelikan makanan untuk kawan-kawannya setiap hari.
“Tiga hari lepas duit hilang sebanyak RM1,500. Memang saya selalu asingkan duit jualan untuk bayar barang.
“Tapi kali ini saya tak ingat sebab terlampau sibuk. Tiga malam juga saya fikir mungkin duit tu saya dah masukkan ke dalam bank atau bayar barang lain,” ujarnya yang berniaga char kuey teow di Taman Jawi Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang.