Menjadi satu keutamaan bagi ibu bapa untuk mencari sekolah yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Walaupun kerajaan telah memperuntukkan bajet untuk sekolah di seluruh Malaysia, namun terdapat kekurangan dana untuk menampung kos tambahan bagi kemudahan yang lain.
Oleh itu, ramai ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bersedia mengumpulkan dana sendiri untuk meningkatkan kemudahan yang sedia ada bagi pelajar.
Baru-baru ini, berita tentang tandas yang sangat hebat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Chung Kwok, Kuala Lumpur, telah menjadi viral di media sosial.
Ketika melihat gambar tandas tersebut, ramai mungkin terkejut kerana ia nampak seolah-olah tandas di dalam pusat membeli-belah yang mewah, tetapi sebenarnya ia adalah tandas di sekolah.
Dikatakan bahawa perbelanjaan untuk mengubahsuai tandas tersebut adalah sumbangan dari ibu bapa kepada murid-murid sekolah tersebut.
Tidak berhenti di situ, seorang wanita yang dikenali sebagai Syafiqah (@MissKinkiychu) terkejut melihat satu papan besar yang dipaparkan di SJKC Chung Kwo yang menunjukkan nama-nama individu yang memberi sumbangan dan beberapa pihak yang memberikan bantuan dana yang besar kepada sekolah tersebut.
Yang lebih mengejutkan lagi adalah jumlah wang yang disumbangkan mencapai jutaan ringgit yang tertera di papan besar itu.
Jika semua nilai tersebut dijumlahkan, jumlahnya pasti mencecah puluhan juta.
Dengan jumlah sumbangan sebesar itu, sudah pasti sekolah dapat menyediakan kemudahan terbaik bagi pelajar-pelajarnya untuk belajar dalam persekitaran sekolah yang selesa dan baik.
Maklumat didedahkan bahawa tajaan sebanyak RM2 juta itu merupakan sumbangan yang diberikan oleh pihak NGO yang dikenali sebagai The Community Chest untuk membina sebuah dewan serba guna yang baru.
Apabila melihat komen-komen dari warganet, kebanyakan mereka terkejut dengan jumlah sumbangan yang besar itu.
Ada yang juga berpendapat bahawa kemudahan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina selalu dalam keadaan yang baik.
“Banyak sekolah cina saya lawat, memang mereka buat macam ini, fasiliti memang tip-top. Transparent dan pada hemat saya ia mewujudkan ‘sense of belonging’ kepada sekolah,” kata seorang lelaki.
“Salah seorang kawan cina saya kongsi dia pernah jadi pengerusi PIBG dekat SJKC anak dia. Dia cakap dana memang banyak dan banyak event boleh buat. Buat pula yang gempak-gempak. Yang penting setiap tahun akan buat pembentangan duit pergi mana,” ujar seorang netizen lain.
“Mak saya pernah sekali mengajar di SJKC. Dia kata ibu bapa memang memberi sumbangan habis-habisan kepada sekolah. Kalau ada acara ke apa memang ibu bapa keluarkan sumbangan besar berbanding dengan SK biasa,” luah seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga yang terdorong dengan hal itu dan mengatakan bahawa sumbangan yang besar dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang baik untuk anak-anak.
pi concert tadika anak kt sjkc chung kwo loke yew, luar dewan dia ada board cmni bgthu berapa sumbangan diorg n from siapa..tgklah paling byk berapa 😭😭 https://t.co/qZlCRMXCxS pic.twitter.com/guRpVU7qYx
— Syafiqah (@MissKinkiychu) March 19, 2024
Baca:
Nasib terbela! Pembunuh 23 penghuni tahfiz kekal dalam ‘lokap’
Ini nasib lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah, ramai puji tindakan tegas kerajaan