Angka anak muda diserang angin ahmar atau strok rupanya bukan kes terpencil.
Dr Onn Akhbar Ali berkata, insiden pecah saluran darah dalam otak menyebabkan berlakunya angin ahmar atau strok.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan penghidap diabetes perlu membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi di rumah.
Langkah itu perlu dilakukan selain mereka meneruskan pengambilan ubat-ubatan serta menjaga makan minum.
“Kalau tinggi (tekanan darah), kena ambil rawatan tekanan darah tinggi juga.
“Sebabnya gabungan kencing manis dan darah tinggi risiko untuk kena strok naik berkali ganda,” tegasnya.
Trend golongan muda mendapat strok juga diakui pakar perubatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Syahmi Wan Mohamad.
Menurutnya, statistik terbaharu menunjukkan 40 peratus pesakit strok pesakit berusia 60 tahun ke bawah dan amat membimbangkan.
Jelasnya, strok dikategorikan penyakit ‘Cerebrovascular’ berkaitan saluran darah ke otak yang tidak dapat membekalkan bekalan darah dan oksigen mencukupi.
Beliau berkata, tisu-tisu pada bahagian otak akan mengalami kerosakan jika oksigen disalurkan tidak mencukupi.
Akhirnya, kata Dr Wan Syahmi, tisu-tisu tersebut mati serta mengakibatkan individu mengalami strok.
“Dua jenis strok, iaitu pertama, paling biasa terjadi dikenali ‘Strok Iskemia’ di mana saluran darah tersumbat dan tidak dapat membekalkan darah dan oksigen secukupnya.
“Kedua, Strok Berdarah iaitu saluran darah dalam otak pecah. Bagaimanapun, 80 peratus kes penyakit strok disumbangkan oleh ‘Strok Iskemia’,” katanya lagi.
Baca:
Peniaga perlu ‘stop’ guna ubat stapler jika tidak mahu dikenakan saman dan penjara
Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah
Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat