Realtime website trackingweb stats

Banyak hadapi masalah sebelum jadi Muslim, imam ceritakan kisah hijrah penyanyi terkenal 1990-an ini

Oleh ADINDA

Banyak hadapi masalah sebelum jadi Muslim, imam ceritakan kisah hijrah penyanyi terkenal 1990-an ini. “Dia adalah seorang yang sangat merendah diri, wakil besar Islam dan kemanusiaan,” kata Ketua Imam di Pusat Islam Ireland, Shaykh Umar Al Qadri.

Beliau mengulas demikian merujuk kepada kematian penyanyi pop Ireland, Sinead O’Connor atau nama Islamnya, Shuhada’ Sadaqat yang meninggal dunia pada Rabu lalu.

Imam itu dicari O’Connor ketika penyanyi itu mahu menganut Islam.

The National News melaporkan, Shaykh Umar turut berkata, artis yang terkenal di seluruh dunia pada 1990-an itu juga mendepani dugaan yang sangat sukar.

O’Connor ditemukan tidak bertindak balas di rumahnya di Herne Hill, tenggara London pada Rabu sebelum polis yang dipanggil ke kediamannya mengesahkan kematiannya tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Penyanyi yang merangkul Anugerah Grammy itu memeluk Islam pada 2018, menukar namanya kepada Shuhada’ Davitt, dan kemudiannya Shuhada’ Sadaqat.

Sebelum memeluk Islam, dia pada mulanya menghubungi Shaykh Umar dan imam itu menjemputnya ke Pusat Islam Ireland di pinggir bandar Dublin.

“Dia mempunyai banyak soalan dan jelas melakukan penyelidikannya mengenai Islam, jadi dia tahu perkara berkenaan iman,” kata Shaykh Umar.

Ketua imam itu melahirkan rasa terkejutnya apabila mengetahui bahawa O’Connor adalah penyanyi terkenal kerana dia tidak mempunyai pengetahuan awal mengenai identiti wanita itu.

Kedua-duanya bertemu pada satu lagi majlis makan malam, Shaykh Umar berkata, mereka lebih banyak bercakap topik mengenai iman.

“Dan dia menyebut kehidupannya sendiri, perjuangan yang dia alami, dan perjalanan yang dia lalui.

Saya menjelaskan kepadanya bahawa ia semua adalah sebahagian daripada kehidupan dan menerangkan kepadanya dia dipilih untuk itu.

“Untuk mengharungi ujian dan kesukaran, ia bukan mudah. Semuanya berkisar cara anda mengharunginya dan bagaimana al-Quran bercakap mengenai kesukaran hidup ini,” katanya.

Shaykh Umar berkata, sejurus selepas itu, O’Connor menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam dan bertanya bolehkah untuk dia berbuat demikian.

“Saya berkata anda boleh memeluk Islam jika anda mahu. Dia memutuskan untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Dia menghabiskan tahun-tahun terakhir hidupnya sebagai seorang wanita Islam dan artis yang mencetuskan fenomena. Seorang wanita berhijab mewakili dunia yang sangat pelbagai dan inklusif yang kita hadapi hari ini.

Banyak hadapi masalah sebelum jadi Muslim, imam ceritakan kisah hijrah penyanyi terkenal 1990-an ini. "Dia adalah seorang yang sangat merendah diri, wakil besar Islam dan kemanusiaan," kata Ketua Imam di Pusat Islam Ireland, Shaykh Umar Al Qadri.Beliau mengulas demikian merujuk kepada kematian penyanyi pop Ireland, Sinead O'Connor atau nama Islamnya, Shuhada' Sadaqat yang meninggal dunia pada Rabu lalu.

“Saya fikir dia harus diingati untuk itu. Apa yang berlaku ini juga adalah kesimpulan semula jadi dari perjalanan mana-mana ahli teologi yang bijak; semua pengajian kitab membawa kepada Islam,” katanya.

Ciapan O’Connor di Twitter pada 2018 daripada akaunnya yang kini dipadamkan menyebut: “Saya bangga menjadi seorang Muslim”.

Baca:

Lagi pusat tahfiz dijilat api, nyaris 20 pelajar belasan tahun ini tidak rentung

Berteriak minta tolong dicabul di LRT, ketiadaan polis bantuan cetus tanda tanya

Dah macam patung Barbie, ramai terkejut lihat penampilan penyanyi ini