Bantu suraikan kesesakan, PLUS aktifkan Smartlane di 19 lokasi ‘hotspot’

Oleh SHAZLIN AZIZ

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan Smartlane di 18 lokasi penting di sepanjang lebuh raya untuk membantu mengurangkan kesesakan trafik semasa musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Eksekutif PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaafar, menyatakan bahawa apabila laluan Smartlane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk memastikan penggunaan semua lorong secara optimum dan meningkatkan kapasiti lorong, dengan tujuan mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya yang penting tersebut.

Dia menyatakan bahawa PLUS telah menambah baik laluan SmartLane untuk menampung peningkatan trafik semasa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.

Bantu suraikan kesesakan, PLUS aktifkan Smartlane di 19 lokasi 'hotspot'

“Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan lampu hijau berkelip untuk menunjukkan bahawa laluan SmartLane diaktifkan dan ia hanya akan diaktifkan pada waktu siang sahaja,” katanya.

“Selain itu, PLUS turut menambah papan tanda peringatan pembukaan SmartLane di lokasi SmartLane yang telah dikenal pasti,” katanya.

Dia mengatakan perkara itu semasa sesi Taklimat Media Penambahbaikan SmartLane & Persediaan Operasi Lebuhraya PLUS Menghadapi Peningkatan Trafik Sempena Aidilfitri di Persada Plus pada hari Rabu.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail dan Pengarah Kanan JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan turut hadir.

Papan tanda peringatan akan diletakkan satu kilometer sebelum laluan Smartlane bermula dan 200 meter sebelum Smartlane di tamatkan.

““SmartLane hanya boleh digunakan oleh kenderaan persendirian, penumpang untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.”

Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” kata beliau.

Sementara itu, Khairul Azhar menegaskan bahawa sesiapa pun tidak boleh menghalang kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan semasa SmartLane diaktifkan.

“Adalah satu kesalahan menghalang kenderaan lain menggunakan Smartlan yang telah diaktifkan dan tindakan akan diambil sekiranya laporan dibuat,” katanya.

Info 18 lokasi PLUS Smartlane

• KM108.0 Arah Selatan (Sg. Petani Selatan) – KM112.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Tikam Batu)

• KM150.4 Arah Utara (Bukit Tambun Utara) – KM146.4 Arah Utara (Plaza Tol Juru)

• KM155.5 Arah Selatan (Bandar Cassia – KM157.2 Arah Selatan (Hentian Sebelah Sg Bakap)

• KM303.2 Arah Utara (Gua Tempurung) – KM297.0 Arah Utara (Gopeng)

• KM367.3 Arah Utara (Slim River) – KM354.0 Arah Utara (Sungkai)

• KM354.0 Arah Selatan (Sungkai) – KM356.0 Arah Selatan

• KM439.5 Arah Utara (Kawasan Rehat & Rawat Rawang) – KM435.5 Arah Utara (Sg. Buaya)

• KM437.1 Arah Selatan (Hentian Sebelah Rawang) – KM443.3 Arah Selatan (Persimpangan Rawang)

• KM3.3 Arah Utara (Setia Alam) – KM9.0 Arah Utara (Shah Alam)

• KM11.2 Arah Utara (Susur Keluar Petron, NKVE) – KM13.3 Arah Utara (Subang)

• KM280.0 Arah Selatan (Nilai) – KM276.0 Arah Selatan (R&R Seremban)

• KM6.1 Arah Utara (OBR USJ) – KM8.1 Arah Utara (Seafield)

• KM260.0 Arah Utara (P. Dickson) -KM263.1 Arah Utara (Seremban)

• KM194.5 Arah Selatan (Air Keroh) – KM184.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Kg. Bemban)

• KM27.0 Arah Selatan (Kulai) – KM19.0 Arah Selatan (Senai)

• KM19.0 Arah Utara (Senai) – KM27.0 Arah Utara (Kulai)

• KM4.5 Arah Selatan (Dato Onn) – KM1.9 Arah Selatan (Pasir Gudang)

• KM0.4 Arah Utara (Pandan) – KM6.0 Arah Utara (Kempas)

Semoga info ini bermanfaat.

Baca:

Ini rupanya suasana berbuka puasa abang bomba, ramai tabik spring wira merah

Pengunjung ‘dera’ mental staff, sepahkan baju raya di butik

Serba salah nak ketawa, gelagat kembar ini gelakkan ‘member’ nak menangis menghiburkan