Realtime website trackingweb stats

Baki tol tidak cukup? Jangan sampai bahayakan nyawa, pengguna perlu tekan “button intercom’ & tunggu ‘runner’

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pihak PLUS ingin maklumkan bahawa apabila kita keluar dari lebuh raya dan tiba-tiba baki kad Touch ‘n Go tidak mencukupi, kita perlu menekan butang interkom dan menunggu wakil PLUS datang.

Runner tersebut akan membantu kita untuk menambah nilai kad dan mengembalikan kad Touch ‘n Go kita.

Kepada semua pengguna jalan raya, diingatkan agar tidak mengancam nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong.

Baki tol tidak cukup? Jangan sampai bahayakan nyawa, pengguna perlu tekan "button intercom' & tunggu 'runner'

Tindakan ini adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pihak PLUS.

Jika kenderaan di belakang anda membunyikan hon kerana marah atau sebab lain, kekal tenang sehingga wakil PLUS tiba.

Sila jangan turun dari kereta dan pergi ke pondok topup.

Pihak PLUS telah memberitahu bahawa perbuatan pengguna yang melintasi lorong untuk ke pondok topup adalah tidak patut berlaku.

Jika penolong di tol tersebut mengarahkan pengguna untuk pergi sendiri ke pondok topup, maka itu bercanggah dengan prosedur operasi standard (SOP) dan pengguna dinasihatkan untuk membuat aduan segera.

PLUS sendiri mengakui bahawa terdapat keadaan di mana pengguna tidak dapat meninggalkan kereta.

Contohnya, jika seseorang tidak dapat berjalan (OKU), wanita hamil atau ada bayi dalam kereta.

Jadi selepas ini, terutamanya kepada wanita-wanita.

Jika baki kredit tidak mencukupi, sila tekan butang interkom terus dan tunggu bantuan dari runner PLUS.

Pegawai tersebut memberi amaran, jangan panik dan tolong elakkan daripada mengancam nyawa anda.

Walau bagaimanapun, lebih baik jika kita memastikan kad kita mempunyai baki yang mencukupi.

Tetapi terdapat juga situasi di mana beberapa daripada kita tidak berada dalam keadaan yang baik.

Ketika nak exit baki tidak mencukupi.

Kita sepatutnya tidak perlu marah-marah dan membunyikan hon berulang kali apabila melihat pengguna yang tidak mempunyai baki yang mencukupi.

Mungkin hari ni mereka susah.

Esok lusa mungkin adalah hari kita yang berada dalam situasi yang sama.

Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, jangan cepat melenting dalam apa jua situasi.

Baca:

Berlagak samseng! Perempuan ‘bantai’ perempuan mengandung hingga bengkak

Lebuhraya WCE dibuka dari Taiping ke Beruas, tol percuma dua bulan

Heboh pemuda mualaf 9 kali ulang alik hanya kerana sijil kahwin, rupanya ini cerita sebenar dari pejabat agama