Realtime website trackingweb stats

Bakar al-Quran dan mahu semua agama dihapus, perangai terkutuk wanita ini ganggu umat dunia

Oleh ADINDA

Bakar al-Quran dan mahu semua agama dihapus, perangai terkutuk wanita ini ganggu umat dunia. Seorang wanita kelahiran Iran membakar senaskah al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm, kini di bawah perlindungan polis, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Anadolu pada Khamis.

Bayrami Marjan, 47, membakar al-Quran di dalam periuk di tepi Tasik Malaren, pantai Angbybadet di Bromma, menurut laporan itu.

Beliau mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu, lapor media.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa demonstrasi membakar al-Quran berlaku di Denmark dan Sweden.

Kebanyakan negara Islam mengutuk demonstrasi itu, serta ada negara yang memanggil duta Sweden dan Denmark untuk menyatakan protes terhadap perbuatan itu.

Bulan lalu, ratusan penunjuk perasaan Iraq menyerbu kedutaan Sweden berikutan pembakaran al-Quran di Stockholm.

Baca:

[VIDEO]Selepas dituduh menipu demi ‘content’, jawapan balas polis ini meremangkan bulu roma

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai

Label amaran bahaya dah ada di setiap batang rokok, nak juga kena penyakit tak tahulah