Menahan bersin boleh membawa kepada ketidakselesaan pada bahagian dada kerana ia menekan bahagian diafragma dan otot dada yang membantu individu untuk bernafas.
Tidak hanya itu, tindakan ini juga memberi tekanan kepada tulang rusuk.
Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan BMJ Case Reports, menahan bersin boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian tekak, gendang telinga, atau saluran darah dalam otak.
Contohnya, seorang lelaki berusia 34 tahun dibawa ke pusat kecemasan sebuah hospital di Leicester, England, baru-baru ini dengan leher bengkak yang di mana tahap kesakitan yang ditanggungnya itu adalah amat sakit.
“Pesakit menjelaskan rasa meletup pada lehernya selepas cuba menahan bersin dengan memicit hidung dan menutup mulut,” kata doktor menerangkan secara terperinci dalam kajian diterbitkan jurnal perubatan BMJ Case Reports.
Hasil daripada Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) telah mengesahkan bahawa menahan diri dari bersin boleh menyebabkan koyak pada bahagian belakang tekak ketika seseorang itu cuba menahannya.
Lelaki tersebut, yang selepas kejadian itu tidak dapat menelan makanan atau bertutur dengan baik, telah dirujuk ke hospital.
Di situ, dia menerima rawatan makanan melalui tiub dan antibiotik intravena untuk mengurangkan bengkak yang dialami dan kesakitan di bahagian tekaknya.
Alhamdulillah, lelaki tersebut telah dibenarkan pulang selepas seminggu menerima rawatan di hospital.
“Menahan bersin dengan menyekat lubang hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya dan perlu dielakkan,” kata doktor.
Mereka menerangkan bahawa dalam keadaan jarang berlaku, menyekat bersin boleh mengakibatkan udara terperangkap antara paru-paru dan boleh menyebabkan pecahnya aneurisma serebrum, iaitu keadaan di mana saluran darah di otak membengkak seperti belon.
Kebaikan bersin adalah satu proses semula jadi yang memberi manfaat kepada tubuh kita.
Apabila bersin adalah satu tindak balas semulajadi yang membersihkan saluran pernafasan dan membantu membuang benda asing dari hidung dan tekak.
Oleh itu, jangan sekali-kali cuba menahab bersin, sebaliknya, biarkan proses ini berlaku secara semulajadi kerana ia adalah satu cara badan kita menjaga kesihatan dan keselesaan kita.
Jadi, apabila anda merasakan anda perlu bersin, jangan tahan – biarkanlah bersin itu memberi manfaat kepada anda.
Baca :
NASA temui ancaman besar bumi, ramal dunia akan kiamat pada tahun 2182Â
Siti Nurhaliza pun rupanya ada banyak lagu ketuhanan, lagu kelima mungkin ramai tidak sangkaÂ
Dari apartment kecil ke rumah teres, kisah pasangan ini memang menginspirasikan