Realtime website trackingweb stats

Bahaya rupanya tidur rambut basah, patutlah nombor 3 selalu berlaku tanpa sedar

Oleh ARIF ABDULLAH

4 kesan tidur dengan rambut basah, nombor 3 paling ditakuti

Dianggap satu perkara yang normal kerana kebanyakkan individu sangat gemar untuk mandi sebelum menuju ke bilik tidur.

Mungkin masih ramai di antara kita yang buat kerana tidak tahu bahawa terdapat keburukan tidur dengan rambut basah.

Bahaya rupanya tidur rambut basah, patutlah nombor 3 selalu berlaku tanpa sedar

Menjadi tanda tanya, apakah kesan buruk tidur dengan rambut basah seperti yang diperkatakan? Jom baca apa yang Nextstep kongsikan dengan anda semua!

1. Rambut rosak

Keburukan tidur dengan rambut basah boleh menyebabkan kerosakan kepada mahkota anda itu. Ini kerana rambut berada pada tahap paling lemah Ketika ia sedang basah.

Tekanan akibat pergerakan Ketika tidur dengan rambut basah atau lembap sudah tentu akan menyebabkan ia lebih rosak.

Jadi, adalah lebih baik sekiranya anda mengeringkan terlebih dahulu sebelum tidur.

2. Jangkitan kulat

Untuk pengetahuan semua, kulat ini biasanya ditemui pada bantal, tilam atau cadar yang digunakan untuk tidur.

Kulat – kulat tersebut boleh menjangkiti kulit sekali gus membawa kepada kelemumur. Ia boleh membiak dan merebak di persekitaran yang lembap dan rambut yang basah adalah tempat yang ideal.

Malah, ada kajian yang mengatakan kulat boleh mendorong kepada jangkitan yang lebih serius sekali gus dapat melemahkan system imun manusia.

3. Jerawat

Memang tiada kajian atau bukti khusus bahawa tidur dengan rambut basah akan menyebabkan jerawat di bahagian muka dan badan.

Tetapi, bagi sesetengah orang, mereka sangat berhati – hati untuk tidur di atas bantal atau tilam lembap terkena rambut basah kerana ia adalah persekitaran yang ideal untuk bakteria dan kulat membiak selain berpotensi meningkatkan masalah jerawat.

4. Rambut kusam

Rambut akan kelihatan lebih kusam dan dehidrasi kerana apabila air diserap dari rambut ke dalam bantal, minyak semula jadi juga turut diserap.

Itu akan menyebabkan rambut lebih cenderung untuk patah dan bercabang.

Anda mungkin akan berfikir lebih daripada dua kali sekiranya tahu keburukan tidur dengan rambut basah.

Tentunya apa yang boleh kita semua buat untuk mengelakkan keburukan tidur dengan rambut yang basah adalah untuk tidak melakukannya.

Baca:

‘Beritahu kalau ada hotel sajikan khinzir’ – ‘Sempoi’ je reaksi Menteri Pelancongan

Patutla semalam ikan berkerumun naik ke darat, rupanya benar telahan, hari ini gempa datang

‘Letak roti atas meja macam tu je?’ – 6 teguran ini muncul selepas Cupcake Aisyah masak