Realtime website trackingweb stats

Bahana langgar lintasan air, pemandu Perodua Myvi nyaris hanyut dalam arus deras

Oleh AHMAD ISMAIL

Detik cemas seorang pemandu Perodua Myvi nyaris hanyut dalam arus deras di longkang besar di Johor berpunca daripada cuba mengharung lintasan air.

Itu didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 42.5 Jalan Johor Bahru – Mersing, 7 Januari.

Jelasnya, kereta yang dipandu wanita berusia 37 tahun bersama penumpang yang juga kenalannya wanita berusia 43 tahun dipercayai terbabas semasa lalu jalan yang dilintasi air di kawasan tersebut.

Bahana langgar lintasan air, pemandu Perodua Myvi nyaris hanyut dalam arus deras

Beliau mengesahkan bahawa satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal kereta yang dipandu mangsa terbabas setelah hilang kawalan dan masuk ke dalam longkang besar sebelah kanan arah menghala ke Kota Tinggi.

“Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus air yang deras.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penumpang mengalami cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki terjun ke dalam longkang besar membantu pemandu kereta tersebut yang berpaut pada Perodua Myvi berwarna kelabu.

Kereta itu sedang dihanyutkan arus deras longkang tersebut. Menerusi rakaman itu juga, lelaki itu kemudiannya dilihat menarik wanita berkenaan.

Banjir di Johor semakin buruk apabila menenggelamkan enam daerah dengan Kota Tinggi kekal sebagai daerah paling terjejas banjir.

Setakat pagi 8 Januari, jumlah mangsa banjir naik mendadak kepada lebih 6,000 orang daripada hampir 2,000 keluarga yang ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS).

Baca:

‘Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas payah’ – Rupanya ini sebab Fafau menangis

Biar nampak tak hipster tapi terbukti sedap dan segar, cubalah buat sendiri jus timun campur selasih

Cuka dan baking soda antara bahan mudah bantu bersihkan dapur hitam