Realtime website trackingweb stats

Bahana ‘Daniel’ membadai di Libya, 10,000 hilang ‘ditelan’ tsunami, bandar hanyut ke laut

Oleh FATIN AQILAH

Bahana ‘Daniel’ membadai di Libya, 10,000 hilang ‘ditelan’ tsunami, bandar hanyut ke laut.

Ribut Daniel yang membadai Libya bermula 10 September lalu menyaksikan ‘lautan tsunami’ menenggelamkan beberapa bandar di timur negara itu.

Paling teruk terjejas ialah bandar Derna dengan dua empangan serta empat jambatan runtuh sekali gus menenggelamkan sebahagian besar kawasan kejiranan.

Lebih 5,300 orang dikhuatiri terbunuh setakat semalam dalam bencana itu namun data Persatuan Bulan Sabit Merah mendedahkan kira-kira 10,000 orang dilaporkan hilang.

Pasukan penyelamat Libya bertungkus-lumus mencari mayat-mayat mangsa yang dihanyutkan arus deras sekaligus angka kematian dijangka terus meningkat.

Rakaman video bencana memaparkan banjir memenuhi bandar Derna dengan kenderaan-kenderaan dihanyutkan arus deras.

Ada antara mangsa banjir dihanyutkan ke laut, manakala ada yang berpaut di atas bumbung.

“Saya terkejut dengan apa yang saya lihat. Ia bagaikan tsunami. Sebuah kawasan kejiranan yang besar telah musnah,” kata seorang mangsa yang terselamat, Hisham Chkiouat, lapor BH memetik Agensi.

Hisham juga memberitahu BBC bahawa runtuhan salah sebuah empangan di selatan Derna telah menghanyutkan sebahagian besar bandar itu ke dalam laut.

Baca:

‘Instafamous’ antara pemain filem lucah, pelakon dibayar hingga hampir RM5,000 setiap filem

Kecoh netizen Indonesia marahkan Malaysia, tuduh ciplak lagu Halo-Halo Bandung

Sedar tak tempoh menunggu di hospital dah makin singkat? Jauh sangat beza dengan sebelum ini