Realtime website trackingweb stats

Bagaimana tarif elektrik ditetapkan

Oleh ADINDA

Sharan Raj

Tarif elektrik TNB ditetapkan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST). Kerajaan mengira kos seunit elektrik (termasuk bayaran IPP) sebagai base tariff (tarif asas). Tarif asas akan dijadikan tarif progresif dimana shopping mall dan industri besar bayar lebih tinggi daripada kedai mekanik dan domestik (rumah).

 Sumber Grafik BH

TNB tidak dibenarkan menjual semula elektrik daripada IPP tetap hanya mengutip fee untuk grid, distribution network dan retail daripada seunit elektrik.

Sistem kiraan eletrik ini dikenali sebagai Incentive Based Regulation (IBR) dan tarif asas akan diubah setiap 3 tahun. Kerajaan sepatutnya mengubah tarif pada 1 Jan 2021 tetapi ia ditunda kepada 1 Jan 2022 kerana Covid-19.

 

Sharan Raj, Pengerusi Biro Alam Sekitar & Krisis Iklim (BASKI) under Parti Sosialis Malaysia (PSM)