Badan anda tidak lagi letih selepas ini dengan mengamalkan 3 langkah senaman mudah ini yang boleh kuatkan bahu, belakang dan leher.
Seorang ahli farmasi dikenali sebagai Kak Noori berkongsikan senaman yang boleh sahaja dibuat di tempat kerja.
3 senaman ini boleh ‘save’ untuk rujukan dan kongsi dengan kawan dan ahli keluarga:
1. Tangan ke tangan. Buka tangan dan tengok ke atas. Ulang selagi mampu.
2. Letak tangan kanan di pinggang bahagian belakang. Tangan kiri di belakang kepala. Pusing ke belakang dan tengok ke atas kemudian tukar kedudukan tangan dan ulang langkah sama.
3. Letak kedua-dua tangan di pinggang, kepitkan ke belakang dan ulang beberapa kali sehingga rasa lega.
Badan letih dan terasa sakit belakang berpunca daripada pelbagai sebab, antaranya kesakitan di bahagian otot, sendi, tulang, ligamen atau hanya sakit ketika ada pergerakan.
Jangan abaikan rasa sakit belakang badan dan leher atau sendi lain. Cuba perbetulkan sama kedudukan postur badan termasuk memastikan keadaan meja serta kerusi sesuai.
Jangan tak tahu bahawa tekanan terhadap tulang belakang lebih banyak ketika duduk berbanding ketika berdiri.
Itu sebabnya, sakit belakang terasa lebih kuat apabila duduk terlalu lama. Jadi, suka atau tidak kena perbaiki juga rutin seharian termasuk cuba berjalan seketika atau mengamalkan 3 senaman mudah dikongsikan di atas untuk membetulkan kembali segala urat dan otot terlibat.
Kita juga perlu mendapatkan rehat mencukupi dan memastikan pemakanan diambil seimbang dengan mengandungi kalsium serta zat diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
Singkirkan juga rasa malas atau bertangguh untuk bersenam terutamanya semasa cuti kerja. Senaman yang istiqamah diamalkan dapat menguatkan otot dan meningkatkan fleksibel pada tulang.
Baca :
Dah masuk musim, APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir, minta rakyat bersedia
“Lawa sungguh dia ni, macam perempuan Korea” – netizen terpukau kecantikan isteri Haqiem Rusli
“Bila nak tidur datang bisikan suruh saya terjun balkoni, tusuk pisau di perut”- Khai Bahar