Realtime website trackingweb stats

Azmin keseorangan berkempen PRK Mahkota rupanya jentera Pas jauhkan diri

Oleh ARIF ABDULLAH

Berbaki kurang 24 jam untuk berkempen, Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak mempunyai arah tuju

Dalam usaha meraih undi pada PRK Mahkota esok, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi.

Puad mendakwa, Pengarah Jentera PN PRK Mahkota, Azmin Ali, dilihat keseorangan dalam usaha

untuk memenangkan calon pilihannya, Mohd Haizan Jaafar, sementara rakan sekutu PAS menjauhkan diri.

“Azmin terkial-kial mencari isu. Mujur ada Chegubard (Badrul Hisham Shaharin)

Azmin keseorangan berkempen PRK Mahkota rupanya jentera Pas jauhkan diri

yang pakar dalam cerita palsu untuk memutar belit isu peribadi calon dan menuduh Umno diresapi komunis.

Kali ini, PN dilihat buntu dalam mengemukakan isu ekonomi. Ini adalah kali pertama kempen PN tiada hala tuju, ditambah pula dengan pujian Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa terhadap kerajaan Johor,” katanya di Facebook.

PN juga dilihat memainkan isu mengenai calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, yang didakwa terlibat dalam satu kes pukul, tetapi polis mengesahkan bahawa ketua Pemuda Umno Kluang itu tidak mempunyai rekod jenayah.

Selain itu, PN mendakwa lawatan sambil belajar Puad ke China mempunyai kaitan dengan ideologi komunisme, yang disangkal oleh speaker Johor tersebut dengan menyatakan bahawa ia adalah atas jemputan khas.

Pada hari pengundian esok, Haizan akan berdepan dengan Syed Hussien dalam pertembungan dua penjuru.

Kerusi DUN Mahkota kosong ekoran kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain, yang juga ketua Wanita Umno Kluang pada 2 Ogos lalu.

BACA: Tiada unsur seksual, video abang van raih pujian netizen! Kenapa ya?