Pelakon dan pelawak Azlee Senario yang baru-baru ini menjalani pembedahan meminta untuk keluar dari hospital lebih awal.
Meskipun dinasihatkan untuk berehat di hospital bagi memudahkan pemantauan,
Azlee yang kini semakin stabil tidak ingin menambah kos hospital yang sudah mencecah puluhan ribu itu.
Kalau nak diikutkan doktor memang tak benarkan saya pulang untuk biarkan jantung saya benar-benar pulih, tapi saya mohon keluar.
Saya bukan tak nak duduk di hospital, tapi empat hari pun bil sudah mencecah RM40,000.
Tambahan pula, pelawak ini mendedahkan dirinya tiada insuran bagi menampung kos tersebut.
Saya pula tiada insuran sebab dulu saya ada penyakit hempedu dan hati. Keluarga berkongsi duit, selain bantuan Yayasan Selangor.
Di samping itu, Azlee berkata doktor telah menasihatkan dirinya untuk mengelak dari mengambil sebarang makanan berkolesterol tinggi.
Yang utamanya saya kena elak makanan berkolesterol. Keduanya, perkara ini juga boleh disebabkan akibat tekanan kerja dan sebagainya, jadi mungkin jantung pam laju.
Apa yang dapat kongsi, jangan makan makanan berkolesterol kerana ia boleh menutup injap jantung.
Terdahulu, Azlee ke klinik berdekatan rumahnya selepas mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).
HSB kemudiannya membawa Azlee ke IJN untuk menerima rawatan lanjut, sebelum menjalani pembedahan dan prosedur meletakkan sten pada hari sama.
BACA: Chef ini kongsikan tips, dalam masa 2 jam boleh ‘settle’ 1,500 biji telur