Azankan anak guna panggilan video, sebak bapa ini tak dapat dukung anak

Oleh ADINDA

Seorang bapa terpaksa mengazankan anaknya yang baru lahir menerusi aplikasi panggilan video.

Babak menyentuh hati itu tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Tribun Jateng.

Menerusi keterangan video itu, si bapa terpaksa bertindak demikian kerana dia bekerja jauh daripada keluarganya.

Azankan anak guna panggilan video, sebak bapa ini tak dapat dukung anak

Kelihatan seorang ibu yang baru melahirkan anak memeluk bayinya dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram @undercover.id.

Si ibu berkenaan kemudiannya berbual menerusi panggilan video bersama suaminya yang juga bapa bayi itu.

Walaupun suaranya terputus-putus disebabkan keadaan talian internet yang tidak stabil, bapa berkenaan tetap meneruskan azan sehingga selesai.

Baca:

Nasib terbela! Pembunuh 23 penghuni tahfiz kekal dalam ‘lokap’

Ini nasib lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah, ramai puji tindakan tegas kerajaan

Petua simpan tauhu supaya tahan lebih lama dalam peti ais