Realtime website trackingweb stats

Awas! Reaksi badan yang muncul selepas mengurut wajib anda tahu, bukan semuanya bagus

Oleh NURAIMAN

Seorang Pengamal Perubatan Functional telah berkongsi tanda-tanda atau reaksi badan selepas seseorang itu mengurut.

Menurutnya, mengurut adalah satu terapi yang baik untuk kesihatan.

Namun, sesetengah orang yang sensitif perlu waspada jika ada reaksi negatif ini bila pergi terapi urut.

PERHATIAN…

Wanita pantang lepas bersalin!
Penderita GERD!
Penderita IBS, IBD dan masalah usus!
Penderita Autoimmun!
Penderita Alahan dan Alergi!
Penderita Tiroid!
Dll ahli keluarga histamin.

Apakah maksud kuku menjadi biru pucat setiap kali mengurut. Adakah ini krisis kesembuhan atau
detoks? Atau petanda makhluk halus atau buatan orang?

Saya sendiri selalu perasan..setiap kali mengurut, hidung resdung saya akan mula sumbat dan berair..

– Ada orang rasa nak pitam bila bangun selepas mengurut.
– Ada orang rasa berpinar pusing-pusing bilik.
– Ada yang sakit kepala berdenyut.
– Ada yang rasa loya nak muntah..
– Ada yang rasa tekak bengkak dan ada benda sangkut.
– Ada yang timbul ruam, bintik-bintik kawasan bulu roma.
– Ada yang stres dan fikir bukan-bukan bila timbul simtom ni.

– Sesak dada, rasa nak putus nafas bila kena urut kuat-kuat..

Jujurnya, saya sendiri pernah mengalami majoriti simtom di atas…bila badan saya tak sihat…Saya percaya ia berlaku kerana saya sendiri tergolong dalam keluarga histamin…Keluarga histamin cenderung mengalami masalah ini.

Orang daripada keluarga histamin ini ada kecenderungan “sensitif dan angin”.

Stres akan bebaskan histamin. Simtom di atas berlaku kebanyakannnya disebabkan histamin..Bukan sahaja histamin dibebaskan ya, kantung sel yang bebaskan histamin iaitu MAST CELL juga akan bebaskan ADRENALIN.

…………………………………………………………………….

Peningkatan adrenalin akan menyebabkan badan kita masuk ke “mode waspada” atau
“fight and flight reaction”.

– Darah akan banyak dipamkan ke organ vital seperti jantung dan otak.
– Darah bahagian hujung jari kaki dan tangan akan jadi berkurang sebab banyak dah
reserve kat jantung. Akibat darah kurang, hujung jari ni jadi sejuk, kebas-kebas
dan pucat!

– Adrenalin akan pam jantung lebih kuat dan laju…kita akan dapat rasa sendiri
degupan jantung kita – palpitation.

– Badan akan jadi “panas dekat tengah”, “sejuk dekat hujung”..ada sesetengah orang
jadi macam nak demam. Oh, sebenarnya bila demam juga reaksi sama boleh berlaku.

PENGAJARAN DARIPADA PETANDA.
——————————————————

– Kaki sejuk dan biru mungkin memberi isyarat stres dalaman badan kita tinggi dan
badan kita sensitif…orang tua-tua kata banyak angin!

– Mengurut mengeluarkan angin…sudah tentu angin keluar .. sebab mengurut meningkatkan histamin!

Fungsi fitrah histamin ialah menggerakkan otot usus..Sebab yang sama kenapa makan pisang yang tinggi histamin jadi lawas buang air besar.

Buang angin tak semestinya bermakna bagus..ia MELEGAKAN angin yang tersekat di injap perut (LES), tetapi ia mungkin memudaratkan bagi mereka yang sensitif.

– Mengurut membebaskan serotonin yang membantu mood dan tidur. Namun,ia juga mengaktifkan perut dan usus seperti histamin. Kesan positif perlu diimbangi dengan risiko kesan negatif.

Tiada masalah mengurut. Malah saya percaya mengurut boleh membantu penyembuhan. Apa yang penting ialah mengenalpasti status kesihatan, timing perlu sesuai bila boleh mengurut. Pulihkan dulu masalah sensitif dan histamin berlebihan ini..insha Allah reaksi negatif selepas mengurut akan hilang.

Kaedah perawatan saya sentiasa step by step dan selalunya bersandarkan prinsip saintifik dan pemahaman terhadap fungsi fisiologi badan. Diharapkan pemahaman ini memberi manfaat kepada mereka yang merawat dan dirawat insha Allah.

Baca:

10 fakta unik peminat kucing wajib tahu, barulah faham setiap gerak geri si oyen ni

Ramai takut dengan polis tapi mereka pun manusia biasa, tindakan PDRM ini raih pujian ramai

Ada di gigi empangan saja, ketahui 11 fakta menarik Masjid Lama Machap