Realtime website trackingweb stats

Awas, penyakit ‘X’ 20 kali lebih teruk dari Covid-19, ini 5 fakta pandemik yang menakutkan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pakar kesihatan global menjangkakan ancaman pandemik dahsyat, penyakit X semakin menghampiri yang dianggap lebih teruk dari Covid-19.

Walhal, Covid-19 yang bermula pada 2020 itu pun sudah meragut kira-kira tujuh juta nyawa di seluruh dunia.

Lebih membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan penyakit X boleh berlaku pada bila-bila masa!

Berikut 5 fakta mengenai penyakit X yang menakutkan ini:

1. Dikatakan tercetus daripada jutaan virus yang belum dikesan dan berupaya membunuh jutaan manusia. Saintis pada masa ini hanya sudah mengenal pasti 25 keluarga virus yang berisiko untuk berkembang menjadi pandemik.

2. Mungkin mempunyai kesan yang sama seperti Selesema Sepanyol yang berlaku pada 1918 hingga 1920.

3. Dijangka boleh mengakibatkan kematian 20 kali ganda iaitu kira-kira 50 juta kematian berbanding Covid-19.

4. Berjangkit seperti penyakit campak dengan kadar kematian Ebola iaitu 67 peratus.

5. Tiada vaksin yang diluluskan tersedia untuk Penyakit X.

Baca:

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar

Pempengaruh Uganda ini kahwini warga China, cinta dua benua rupanya berputik di kedai perabot

Terperdaya janji kahwin dengan ‘Anwar’, janda cantik ini tak pasal-pasal lesap lebih RM18,000